Abang Johari menyeru rakyat Sarawak sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir
KUCHING, 2 Mac 2023 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru rakyat Sarawak agar sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja sehingga 15 Mac nanti. Katanya, di (kawasan) Batu Kawa ada sedikit pengurangan (terjejas banjir) dan tidak seperti pada tahun-tahun yang lepas dengan adanya benteng di Kampung Rantau Panjang. “Saya rasa selepas benteng ini siap, kita dapat mempertahankan kampung-kampung daripada banjir kilat,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu Kawa di sini, hari ini. Menurut Abang Johari, kerajaan negeri ketika ini sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada dan akan mengadaptasi sistem saliran terbaik dunia termasuk dari negara Belanda bagi menangani banjir di negara tersebut. “Belanda merupakan sebuah negara yang […]