trending_flat

Green Urban Forum 2023 (GUF2023) Teruskan Agenda Pembangunan Mampan dan Perbandaran Hijau

IPOH, 10 Mac 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir telah menyempurnakan Majlis Perasmian Green Urban Forum (GUF) 2023 atau Forum Perbandaran Hijau bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh pada pagi hari ini. GUF 2023 merupakan salah satu platform bagi perkongsian pengetahuan dan kepakaran tentang aspek perbandaran hijau khususnya berkaitan pembangunan dan pengurusan landskap. Forum anjuran KPKT dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) diadakan sempena sambutan Hari Landskap Negara 2023 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 11 Mac 2023 di Taman Rekreasi D.R. Seenivasagam, Ipoh. “GUF 2023 merupakan forum bagi membincangkan pelbagai aspek pengurusan perbandaran hijau seperti landskap ke arahmencapai SDGs, digitasi seni bina dan transformasi landskap serta inovasi pengurusan hijau yang dilihat seiring dengan hasrat membangun Malaysia MADANI. […]

trending_flat

DAP alu-alukan keputusan BNM kekalkan kadar OPR

KUALA LUMPUR 10 Mac 2023 - Parti DAP mengalu-alukan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75% kelmarin. Menurut Pengerusinya, Lim Guan Eng, ia merupakan berita yang baik kepada ekonomi Malaysia dalam menghadapi jangkaan pertumbuhan global yang perlahan dan tekanan inflasi yang sederhana, di peringkat tempatan dan antarabangsa. "Pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan merosot daripada 8.7% tahun lepas kepada 4.5% tahun ini, manakala inflasi dijangka purata antara 2.8-3.8% tahun ini berbanding 3.3% tahun lepas. Indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada Januari tahun ini meningkat 3.7% daripada tahun sebelumnya, berbanding 3.8% pada Disember 2022.Oleh itu, tiada keperluan mendesak oleh BNM untuk meningkatkan OPR, seperti yang dilakukan tahun lepas, apabila BNM meningkatkan OPR sebanyak 100 mata asas daripada paras terendah bersejarah 1.75% kerana ia berusaha untuk meredakan inflasi di tengah-tengah pertumbuhan yang kukuh. Pada Januari tahun ini, […]

trending_flat

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran Atm Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023

SABAH, 10 Mac 2023 - Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM peringkat negeri Sabah bertempat di Kampung Mangi - Pangi, Tambunan, Sabah. Pada majlis tersebut, Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah menandatangani plat perasmian dan menyerahkan replika kunci rumah kepada Puan Rosalia Kuling, balu veteran mendiang Taddeus Konduhulu. Ini merupakan program yang pertama beliau dalam menyantuni Veteran ATM di Sabah setelah menerajui JHEV. Tiga penerima Inisiatif Perumahan bagi negeri Sabah yang turut hadir ialah veteran Encik Ali bin Tamban, Encik Abu Chik bin Rahmat dan Puan Noraisah bt Mohd Yaakub, balu kepada Allahyarham Sapari bin Asmalia. Pada kunjungan kali ini, Ketua Pengarah juga berkesempatan menyantuni empat orang veteran dan menyampaikan peralatan pesakit berupa kerusi roda bagi memudahkan pergerakan veteran […]

trending_flat

KPKT fokus terhadap penyediaan perumahan mampu milik dan perkhidmatan kebombaan

PUTRAJAYA, 10 Mac 2023 - Agenda Malaysia Berdaya Huni melalui penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti dan perkhidmatan kebombaan yang responsif dan efektif terus menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bagi tahun ini, KPKT akan memberi tumpuan dan keutamaan kepada pembinaan projek PPR yang melibatkan penyediaan tapak tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal oleh Kerajaan Negeri. "Manakala bagi pembinaan projek Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) pula, Kerajaan Negeri perlu menyediakan tapak tanah yang bersesuaian bagi tujuan pembinaan BBP tersebut untuk diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Faktor ini akan diambil kira selain daripada skor kajian fire cover yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)." kata KPKT dalam satu siaran media hari ini. KPKT juga akan memastikan aspek komersial turut diambil kira supaya perumahan yang dibangunkan adalah memenuhi ciri-ciri kondusif dan berdaya huni dengan mengutamakan lima (5) elemen […]

trending_flat

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) -- Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou di Wilayah Fujian, yang bertajuk "Temui Fuzhou – Ekonomi pada Waktu Malam", telah dikeluarkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk "Paris Oriental Center", "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou". Dalam melodi yang penuh dinamik dan ceria, bandar raya Fuzhou yang tidak pernah tidur itu yang diselubungi dengan cahaya terang dan berwarna-warni dan sekali lagi menarik perhatian dunia, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou."Fuzhou pada waktu malam adalah seperti pantulan Bima Sakti di langit". Dalam video itu, projek mercu tanda baharu Fuzhou, bahagian utama bagi rantaian landskap "Dua Sungai dan Empat Tebing Sungai" – Nadi bagi Sungai Min, Daerah Bersejarah dan Kebudayaan Tiga Lorong dan Tujuh Lorong Belakang, Daerah Bersejarah dan Kebudayaan Shangxiahang, Pekan Air Minyue dan tempat-tempat indah yang lain kelihatan berseri dan cantik pada waktu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation