GTR Burger Sasar Santuni 2 Juta Umat Islam Menerusi Program Kebahagiaan Ramadan 2023
SEREMBAN, 11 Mac 2023 - GTR Burger dan Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) menjalin kerjasama untuk melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena kedatangan bulan Ramadan nanti. Dinamakan "Kebahagiaan Ramadan 2023", program yang akan dilancarkan itu nanti mensasarkan 2 juta umat Islam menerima manfaatnya. Menurut Pengasas GTR Burger, Nordin Mat, kerjasama dengan RI itu juga membuka peluang kepada pihak-pihak lain untuk beramal sempena bulan Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah menerusi program tersebut. "Gabungan kedua organisasi ini menghasilkan satu program "Kebahagiaan Ramadan 2023" yang antara agendanya adalah mencari dana serta memberikan manfaat kepada 2 juta orang sepanjang bulan Ramadan nanti. Selain mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini, kami juga ingin menjadikan bulan yang mulia itu lebih bermakna kepada kita semua melalui rezeki yang dikongsi bersama orang yang memerlukan", katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Tambah beliau, fokus dan objektif bagi […]