trending_flat

Perkhidmatan Kebombaan diperkasa melalui Tiga (3) Nota Persefahaman (NoU) & Kontrak yang ditandatangani sempena LIMA 2023

LANGKAWI, 25 Mei 2023 – Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini telah memeterai tiga (3) Nota Persefahaman (NoU) bagi perkongsian pintar dengan pihak Kementerian Pengangkutan melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JKOA) dan Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Dalam satu kenyataan hari ini. KPKT berkata bahawa ketiga-tiga NoU itu merangkumi kerjasama strategik berkaitan Perkhidmatan Helikopter Emergency Medical Air Ambulance Rescue Service (EMARS) yang merupakan perkhidmatan bantuan pengangkutan perubatan melalui udara dan pengurusan bencana dengan fokus khusus kepada bantuan perubatan dan pemindahan pesakit termasuk komuniti luar bandar serta pengurusan kemalangan jalan raya di lebuh raya utama di Malaysia. Menurut KPKT perkongsian tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan agensi-agensi terlibat […]

trending_flat

SISTEM RADAR BERNILAI RM4 JUTA BANTU MENGESAN AKTIVITI DI LAUT DENGAN LEBIH CEKAP

LANGKAWI, 25 Mei 2023 - Bagi mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara melalui sistem radar, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima sebuah Mobile Surveillance Unit (MSU) yang bernilai RM4 juta di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini. MSU merupakan aset pelengkap pengawasan pantai kepada Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) yang sedia ada kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Bakal memberikan liputan sensor yang maksimum, MSU turut dapat meluaskan liputan maritim dengan memaparkan kawasan yang dicerap dengan lebih tepat dan secara ‘real time’ seperti surface picture yang memudah penguat kuasa melaksanakan rondaan serta operasi mencari dan menyelamat yang lebih cekap. Majlis penyerahan unit berkenaan disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Serahan MSU telah disempurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif, AMP Corporation (M) Sdn. Bhd.Dato’ Sri Mustaffa Hj Abd. Rahman kepada Ketua Setiausaha KDN […]

trending_flat

Kerajaan beri kebenaran pengeluaran Gula Putih Bertapis Jernih sebagai pilihan kepada pengguna

PUTRAJA 25 Mei 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah bersetuju dengan permohonan daripada dua (2) syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk mengeluarkan Gula Putih Bertapis Jernih di mana harganya tidak dikawal sebaliknya ditentukan oleh pasaran. Menurut Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media hari ini, persetujuan dibuat kerana Gula Putih Bertapis Jernih akan memberikan pilihan kepada pengguna selain gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus). "Kerajaan juga telah memberi arahan kepada MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit pada harga yang dikawal oleh Kerajaan iaitu RM2.85 sekilogram (kasar) dan RM2.95 sekilogram (halus). Kebenaran untuk penjualan Gula Putih Bertapis Jernih akan bermula pada 25 Mei 2023. […]

trending_flat

KKD sentiasa jalankan pengukuran kualiti liputan telekomunikasi di lapangan

KUALA LUMPUR 25 Mei 2023 - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan berkala yang telah dirancang untuk seluruh negara. Menurut Timbalan Menterinya Teo Nie Ching di Parlimen hari ini, berdasarkan dapatan pengukuran SKMM bagi tahun 2022, sebanyak 20 Arahan Suruhanjaya telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi Standard Mandatori yang melibatkan 19 lokasi berbeza di Sarawak. Katanya setakat ini, kesemua 20 Arahan Suruhanjaya ini telah dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan dengan menambah baik kualiti perkhidmatan melalui mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik dan memenuhi standard kualiti perkhidmatan. Ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya boleh dikenakan penalti sehingga RM200,000. "Audit kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023 akan terus dijalankan dengan sasaran lebih tinggi sebanyak 4, 000 lokasi di […]

trending_flat

Ketagihan gajet semakin membarah?

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Perkembangan teknologi membawa pelbagai manfaat dan memberikan kemudahan kepada kehidupan manusia. Di sebalik manfaat tersebut, terselit keburukan apabila ia tidak digunakan secara berhemah. Pada masa kini, ketagihan gajet khususnya telefon pintar semakin parah dalam masyarakat. Ia telah menjadi fenomena biasa dalam berbagai situasi dan lokasi sama ada ketika di meja mesyuarat, meja makan, ruang berbual dan seumpamanya. Malahan ada ketikanya, orang yang tidak memegang gajet akan tampak pelik dan terasing. Kebiasaannya, ketagihan gajet ini melibatkan peruntukan masa penggunaan gajet secara berlebihan yang membawa kepada kegagalan menjalankan rutin seharian, tidak mampu mengawal diri untuk menggunakan gajet, dan timbul rasa resah gelisah apabila tidak dapat menggunakan gajet. Dalam menggunakan gajet, kelompok yang ketagih biasanya terlibat dalam beberapa aktiviti. Pertama, melayari laman sesawang dan media sosial baharu dalam tempoh yang lama. Laman Youtube dan media sosial […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation