Video jawapan YBM di JPM (HESSTTK) di Dewan Rakyat hari ini
Kredit Video Parlimen Malaysia
Kredit Video Parlimen Malaysia
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Perkembangan teknologi membawa pelbagai manfaat dan memberikan kemudahan kepada kehidupan manusia. Di sebalik manfaat tersebut, terselit keburukan apabila ia tidak digunakan secara berhemah. Pada masa kini, ketagihan gajet khususnya telefon pintar semakin parah dalam masyarakat. Ia telah menjadi fenomena biasa dalam berbagai situasi dan lokasi sama ada ketika di meja mesyuarat, meja makan, ruang berbual dan seumpamanya. Malahan ada ketikanya, orang yang tidak memegang gajet akan tampak pelik dan terasing. Kebiasaannya, ketagihan gajet ini melibatkan peruntukan masa penggunaan gajet secara berlebihan yang membawa kepada kegagalan menjalankan rutin seharian, tidak mampu mengawal diri untuk menggunakan gajet, dan timbul rasa resah gelisah apabila tidak dapat menggunakan gajet. Dalam menggunakan gajet, kelompok yang ketagih biasanya terlibat dalam beberapa aktiviti. Pertama, melayari laman sesawang dan media sosial baharu dalam tempoh yang lama. Laman Youtube dan media sosial […]
24 Mei 2023 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini. Menut KPM dalam satu kenyataan hari ini, penelitian tersebut turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum. "Pertimbangan KPM adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari. Sehubungan itu, KPM akan melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan." kata KPM. KPM telah merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025. Seterusnya, kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari 2026. Semalam Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa KPM telah memulakan usaha […]
LANGKAWI, 23 Mei 2023– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Datuk Saiful Lizan binIbrahim telah menerima empat kunjungan hormat daripada deligasi luar pada hari pertama Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara negara selain dapat menjalinkan kerjasama dalam mengekalkan keselamatan Zon Maritim khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Turut menjadi intipati dalam pertemuan berkenaan adalah perkongsian dan pertukaran idea dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia, pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA), penyeludupan dadah dan barangan kontraban. Deligasi terlibat adalah Ketua Pejabat Eksekutif Komander Thailand - MECC, Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Amnuay Thongrod, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Pengawal Pantai India, Inspector General MV Pathak, Naib Komandan […]
PUTRAJAYA 22 Mei 2022 - Sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman di Petaling Jaya, Selangor telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran berhubung kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dibuat kepada pengadu pada 17 Mei 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata siasatan telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Petaling Jaya ke atas aduan yang dikemukakan oleh pengadu yang merupakan salah seorang daripada penduduk di bangunan kediaman tersebut berikutan kegagalan pihak pengurusan syarikat untuk mengemukakan resit pembayaran ke atas cas penyelenggaraan bangunan. Menurut KPDN, sasil siasatan mendapati pihak pengurusan bangunan berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 140(2) Akta Pelindungan Pengguna 1999 kerana gagal memberikan resit kepada pengguna bagi perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 146 Akta yang sama. Juteru KPDN memberikan amaran […]
LANGKAWI, 22 Mei - Sebanyak empat buah kapal dan dua buah helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal dipertontonkan dalam pemeriksaan armada (Fleet Review) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan di Pulau Langkawi bermula dari 23 hingga 27 Mei 2023 nanti. Sebagai salah satu acara yang menjadi tarikan seluruh dunia, Maritim Malaysia yang memasuki edisi ketujuh penyertaannya turut bakal menyajikan demonstrasi menyelamat di kapal yang akan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM) bagi memperlihatkan bagaimana agensi ini melaksanakan tugas dalam situasi sebenar khususnya yang melibatkan serangan bersenjata oleh pihak penjenayah di laut seperti rompakan atau aktiviti jenayah di laut yang lain. Selain dipertontonkan kepada umum aksi-aksi yang menarik, Maritim Malaysia turut terlibat dalam pameran statik dengan membawa aset milik agensi seperti bot Benteng dan Jet Ski di Resort […]
KUALA LUMPUR 22 Mei 2023 - Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching memaklumkan bahawa KKD menerusi agensinya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menyediakan Program eUsahawan yang bertujuan untuk membina budaya yang lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital serta menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang. Menurut Teo Nie Ching ketika menjawab soalan dari Gobind Singh Deo [Damansara] di Parlimen hari ini, eUsahawan menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital yang dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan di seluruh Malaysia. "Sejak 2015, MDEC menawarkan beberapa modul latihan program eUsahawan. Pertama, latihan “eUsahawan Fundamental” yang menawarkan latihan asas keusahawan digital dimana latihan ini akan menyentuh keseluruhan topik berkaitan pengurusan perniagaan, keusahawanan, pendigitalan dan pemasaran digital. Selain itu, mulai tahun ini, latihan “eUsahawan Modular” telah diperkenalkan bagi […]
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖