trending_flat

SEMUA LEBUH RAYA BERSEDIA MENGHADAPI PENINGKATAN TRAFIK SEMPENA PERAYAAN AIDIL ADHA

DENGKIL, 28 Jun 2023 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini sempat membuat tinjauan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (Arah Selatan), Lebuhraya ELITE terhadap persiapan dan persediaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat konsesi lebuh raya menghadapi peningkatan trafik sempena musim Perayaan Aidil Adha. Turut hadir bersama Menteri Kerja Raya adalah Pengerusi LLM Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Ketua Pengarah LLM Ir. Sazali bin Harun dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Nik Airina Nik Jaffar. "LLM menjangkakan jumlah purata peningkatan trafik harian di seluruh lebuh raya mampu mencecah sehingga 5.1 juta transaksi kenderaan yang menggunakan lebuh raya sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut pada 29 Jun 2023. Pertambahan jumlah kenderaan ini dijangka akan berlaku secara berperingkat bermula 27 Jun 2023 sehingga 3 Julai 2023. Daripada jumlah tersebut, purata harian trafik di […]

trending_flat

Pilihlah korban yang terbaik

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Ibadah korban disambut setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia melibatkan penyembelihan pelbagai jenis haiwan ternakan khususnya haiwan yang mempunyai empat kaki yang diternak. Bagi umat Islam di Malaysia, haiwan yang menjadi pilihan korban adalah lembu, kerbau dan kambing. Sebahagian besar haiwan ini diimport dari negara luar bagi memenuhi keperluan ibadah korban tempatan. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Dalam lipatan sejarah, peristiwa korban yang awal melibatkan kisah korban Habil dan Qabil bagi menentukan siapa yang layak untuk mengahwini Iqlima. Persembahan korban melibatkan hasil tanaman oleh Qabil dan haiwan oleh Habil, tetapi korban Habil telah diterima Allah. Ia disebut dalam al-Quran, surah al-Ma’idah, ayat 27. Dalam kisah berikutnya, yang menjadi asas kepada perlaksanaan ibadah korban hingga ke hari ini adalah kisah korban Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang kemudiannya […]

trending_flat

Digital Niaga Memperkasakan Perniagaan Tempatan Parlimen Bandar Tun Razak

BANDAR TUN RAZAK, 28 Jun 2023 - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dato Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pagi ini merasmikan Majlis Pelancaran Digital Niaga yang berlansung di International Youth Bandar Tun Razak, merupakan inisiatif bagi memperkasakan aktibiti ekonomi setempat selaras dengan tuntutan semasa. Hadir bersama Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin. Program yang berlangsung di International Youth Centre di hadiri oleh 300 usahawan, pemilik perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Menurut Dr. Wan Azizah program ini antaranya untuk membantu usahawan kecil dalam perniagaan masing-masing melalui kerjasama yang dilakukan bersama Aplikasi Borong menerusi Digital niaga. “Aplikasi ini memokaskan kepada pasaran semasa, pembiayaan dan invois buat peniaga dan pembeli serta perancangan sumber perusahaan digital. “Inisiatif pihak Dropee Technology SDN Bhd yang berklobrasi bersama pejabat Parlimen Bandar Tun Razak serta Amanah Ikthiar Malaysia dapat memberi sedikit sebanyak memberi manafaat kepada […]

trending_flat

Sediakan tabung untuk ibadah korban

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dan penutup bagi kalender tahun Qamariah sebelum meraikan kehadiran tahun baharu. Bulan zulhijjah juga termasuk dalam empat bulan haram dan dijanjikan Allah dengan ganjaran pahala yang dilipatgandakan. Sebagai bulan penutup, Zulhijjah adalah bulan yang disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Pelbagai amal ibadat telah diatur sejak dari 1 Zulhijjah sehinggalah ke hari tasyrik pada 13 Zulhijjah. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Salah satu ibadah yang disyariatkan dan diwariskan semenjak zaman Nabi Ibrahim AS adalah amalan mengorbankan haiwan ternakan. Ia dilaksanakan selepas solat sunat Aidil adha hinggalah sebelum terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Lazimnya haiwan yang dikorbankan adalah binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Daging haiwan yang dikorbankan kemudiannya dibahagikan sama ada dalam keadaan mentah atau dimasak dan diagihkan kepadapelbagai pihak. Ia termasuklah golongan yang […]

trending_flat

Mencari erti pengorbanan dalam mengurus kewangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Beberapa hari lagi, umat Islam seantero dunia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga merupakan antara perayaan terbesar dalam Islam. Dr Mohd Zaidi Md Zabri Aidiladha juga begitu sinonim dengan konsep pengorbanan rentetan kesediaan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS, sebagai lambang ketaatan terunggul kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, konsep pengorbanan adalah penting dalam pembentukan identiti seseorang Muslim dan memupuk semangat pengabdian dalam sebenar-benar erti hamba Allah SWT (Abdullah). Namun begitu, alangkah ruginya kita membiarkan makna korban di bulan Zulhijah ini terhenti setakat mengerjakan ibadah korban semata. Sedangkan konsep pengorbanan juga harus dimaknai oleh setiap Muslim dalam segala aspek kehidupan—termasuklah pengurusan kewangan. Ini kerana pengorbanan merupakan tiang seri dalam menjayakan sesuatu pelan perancangan kewangan. Berikut merupakan antara sebab musabab mengapa memaknai erti pengorbanan bakal menjayakan agenda perancangan kewangan yang lestari. Pertama, […]

[Video] Lawatan Menteri KPKT ke Projek Aspire Residence 2023

CYBERJAYA, 27 JUN 2023 : Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming telah mengadakan lawatan tapak di projek Kediaman Aspire Residence, Cyberjaya bagi melihat sendiri kemajuan projek berkenaan pada semalam. Sesi lawatan ini turut disertai oleh Datuk Hasleen Bin Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara (SPNB). Menurut Nga Kor Ming, dalam tempoh 3 tahun bermula Ogos 2020 di bawah pengurusan baharu Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Bin Isnin, SPNB telah melalui satu fasa penyusunan semula strategi bagi memastikan syarikat ini kembali fokus sebagai peneraju penyediaan kediaman mampu milik dengan pelbagai penyelesaian isu-isu legasi telah berjaya dicapai sehingga hari ini yang melibatkan Projek Kediaman SPNB dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). “SPNB selaku agensi pelaksana yang menyumbang kepada penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan berdaya huni di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan transformasi yang memberi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation