AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN
ALOR SETAR, 4 Jun 2023 - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin terasa namun sehingga kini pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi enam PRN belum dimuktamadkan. Tiga negeri ditadbir Pas, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan untuk dikuasai manakala kekuatan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan diperkukuhkan agar terus ditadbir PH. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kesemua negeri terlibat dijangka dibubarkan dalam tempoh kurang sebulan dari sekarang. Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, semangat perpaduan yang diterapkan di peringkat Pusat harus diterjemahkan ke peringkat negeri sekiranya mahu merampas negeri-negeri diterajui Pas. “Kriteria penting untuk kekalkan persefahaman antara PH-BN terutama dalam agihan kerusi adalah semangat perpaduan dan Madani dengan mengekalkan hubungan baik antara parti-parti komponen, jika mahu rampas Kedah serta […]