trending_flat

Gelombang menolak BN di Kedah sudah reda

PADANG TERAP, 31 Julai - Gelombang dan ribut taufan yang menolak Narisan Nasional (BN) dan menyebelahi Perikatan Nasional (PN) di Kedah sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sudah reda dan telah berlalu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau secara peribadi merasa yakin akan ada perubahan yang berlaku di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. "Gelombang yang berlaku pada November tahun lalu (PRU15) memang sangat besar hingga membolehkan PN mendapat terlalu banyak undi. Tetapi dalam PRU-14 iaitu sebelum gelombang itu wujud, Pas cuma menang 15 kerusi saja dan tidak dapat menubuhkan kerajaan. "Yang menubuhkan kerajaan ketika itu adalah PH sebelum kerajaan itu diambil alih Pas di tengah jalan. "Kini gelombang dalam PRU15 sudah tiada dan kita kembali kepada keadaan asal. Jadi tanpa ada gelombang dan angin yang kuat itu, maka saya jangkakan akan berlaku […]

trending_flat

Saya nak selesaikan tugas yang tergendala di Pedu – Mahdzir

PADANG TERAP, 31 Julai - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertekad untuk menyambung semula tugasan yang tergendala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu setelah tiada lagi wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen ini sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu. Menurut calon BN DUN Pedu itu, rata-rata penduduk ditemui dahagakan perkhidmatan dari seorang wakil rakyat terutamanya berkaitan sentuhan yang mampu membantu mereka dalam pelbagai urusan kehidupan. Katanya, perkhidmatan dimahukan merangkumi pelbagai bidang antaranya berkaitan pendidikan anak-anak serta pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut. "Sebagai wakil rakyat kena carilah mana-mana agensi atau tempat yang memiliki saluran untuk membantu rakyat. Sebagai contoh apabila mereka perlukan bantuan ketika anak-anak mula bersekolah atau mahu masuk ke universiti, ke mana mereka ini boleh disalurkan untuk mendapatkan bantuan? "Begitu juga untuk anak-anak yatim contohnya, kalau mereka memiliki keputusan baik, bagaimana caranya untuk […]

trending_flat

Talentcorp Memberi Pendedahan Awal Aspek Kerjaya dan Industri Kepada Murid Sekolah di Kedah Menerusi Program Yes! Rock The School

SUNGAI PETANI, 31 Julai (Bernama) -- Menyedari akan kepentingan untuk memupuk tenaga kerja muda masa hadapan, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengukuhkan lagi komitmennya serta strategi kemampanan ke arah pembangunan bakat negara melalui pelaksanaan inisiatif YES! Rock The School. Kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) ini bertujuan untuk memanfaatkan pelajar sekolah menengah dengan memberikan pendedahan awal berhubung kerjaya dan ilmu pengetahuan berkenaan tempat kerja. YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia turut memuji usaha TalentCorp ketika Majlis Pelancaran YES! Rock The School Edisi Mega Kedah 2023 atas dedikasi dan usaha agensi tersebut dalam membantu pelajar sekolah untuk membuat keputusan yang berinformasi serta aliran pendidikan dan pilihan kerjaya masa hadapan mereka. "Kepentingan kesedaran awal berhubung sektor pekerjaan, laluan kerjaya dan tempat kerja tidak boleh dipertikaikan. Dengan adanya penglibatan proaktif bersama pelajar dari bangku sekolah, kita mempunyai peluang yang baik […]

trending_flat

Miss International Malaysia Semenanjung 2023 menyelami Pelancongan Malaysia dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGS)

Malam gala pertandingan ratu cantik, Miss International Malaysia Semenanjung 2023 (MIMS 2023), buat pertama kalinya menggabungkan usaha meningkatkan pelancongan Malaysia dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke dalam industri pertandingan ratu cantik, telah dianjurkan baru-baru ini, dirasmikan oleh Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia/Africa) Tourism Malaysia, YBrs. En. Manoharan Periasamy. Pertandingan Ratu Cantik Miss International Malaysia Semenanjung berbeza dengan pertandingan-pertandingan ratu cantik yang lain kerana aktiviti-aktiviti yang direka khusus dari perspektif promosi pelancongan, kesenian dan kebudayaan melalui fesyen dan kecantikan di mana para pesertanya diuji untuk menampilkan kreativiti mereka melalui tarian tradisional, seni masakan dan fesyen tempatan. Sepanjang pertandingan ini, kepelbagaian budaya, tarikan dan mercu tanda Malaysia akan dipaparkan melalui pelbagai segmen yang akan dimuat naik di YouTube, membolehkan para penonton di seluruh dunia menghayati perjalanan para peserta. MIM turut menggalakkan para pesertanya untuk memaparkan kisah perjalanan mereka menampilkan […]

trending_flat

Pelancong China

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad 1. KDN dan Menterinya tuntut supaya saya buktikan jutaan pelancong China tidak pulang ke negara asal. 2. KDN sendiri telah nyata di Parlimen seperti yang dilaporkan di Berita Harian pada 27 Julai 2022 mengenai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia setelah tiba di Negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021. Ini juga telah dilapor oleh media pada bulan Julai 2022. 3. Saya telah berjumpa dengan ramai mereka dan ramai yang memiliki rumah di Kuala Lumpur. Angka 1.5 juta disebut oleh pendakwa lain. Saya cuma terima dakwaan mereka. 4. Menteri boleh semak data dalam simpanan KDN. 5. Yang punyai maklumat ialah KDN dan Menteri. Tiap tahun Kerajaan isytihar jumlah pelancong yang masuk. Kerajaan tentu tahu jumlah yang keluar. Kenapa tanya saya. 6. Teknologi kini memboleh data dikutip di semua pintu masuk […]

trending_flat

Arul PSM berikrar tidak akan mainkan isu perkauman bagi raih undi

Calon Pilihanraya Negeri Selangor untuk DUN N.25 Kajang dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Arutchelvan Subramaniams (Arul) berikrar bahawa beliau dan ahli-ahli partinya berikrar tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Menurut Arul dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, diskriminasi perkauman dan politik perkauman adalah umpama sebuah penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada masa kini. "Maka kami para pendukung perjuangan menentang perkauman atau rasisme ini dengan penuh iltizam berikrarbahawa tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Saya akan menjauhi daripada mengunakan apajua unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen pilihanraya termasuk ceramah, komen,kenyataan akhbar, tulisan media social, risalah, banner atau apajua bahan kempen yang akan mendiskriminasi atau mewujudkan kebencian terhadap suatu kaum yang lain atau warga migran. Saya juga akan memastikan bahawa semua aktiviti […]

trending_flat

Lebih 20 ribu pengunjung hadiri Kembara RIUH 2023 Edisi Selangor

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang merupakan sebuah agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklu mkan bahawa Kembara RIUH 2023 Edisi Selangor yang berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu telah berjaya meraih lebih 20,000 pengunjung setakat hari kedua. Menurut MyCReative, Kembara RIUH 2023 itu ebih inklusif, menjadi sebuah platform kurasi yang efektif dalam membangunkan para artis dan usahawan kreatif serta menggalakkan belia menghargai hasil seni tempatan di samping memasyarakatkan industri kreatif. "Program ini telah mengumpulkan lebih 100 artis dan usahawan kreatif yang mempamerkan hasil seni, produk dan perkhidmatan mereka. Para pengunjung turut menyaksikan persembahan daripada artis terkenal dan unik antaranya Dato’ M. Nasir, Hujan, Banyak Bunyik Republik, Airliftz, Astraloka Gamelan, Drum Circle dan ramai lagi. KKD sentiasa berusaha memperkukuh industri kreatif bagi menjana permintaan bekalan domestik dalam sektor ini, sekali gus melonjakkan sumbangan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation