trending_flat

Jangan muat naik, kongsi kandungan berbaur kebencian, penghinaan terhadap Institusi Diraja – MCMC

CYBERJAYA 12 Ogos 2023 - Orang ramai diberi amaran agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan yang membabitkan Institusi Diraja di media sosial dan aplikasi pemesejan. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di dalam satu kenyataan hari ini, peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan yang berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja. Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan Institusi Diraja. Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali." kata MCMC. Tambah MCMC, tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undangundang […]

trending_flat

Mahdzir Khalid, Isteri Selesai Mengundi, Puas Hati Dengan Perjalanan Proses

PADANG TERAP, 12 Ogos 2023 - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka sekitar jam 9.50 pagi tadi. Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi sambil diiringi isterinya, Datin Seri Noraini Abdullah, yang turut mengenakan pakaian sedondon berwarna biru dan sulaman merah. Mahdzir ketika ditemui media menzahirkan rasa puas hati dengan perjalanan proses mengundi di saluran berkenaan yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Alhamdulillah, setakat ini tiada insiden tidak diingini berlaku termasuk semasa tempoh berkempen. Dengan cuaca yang baik, kalangan pengundi diharap dapat menunaikan tanggungjawab lebih awal. "Saya berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian hari ini. Saluran mengundi untuk warga emas juga berada di tingkat bawah, sekali gus memudahkan mereka mengundi dan itu merupakan usaha yang baik dari SPR,” katanya. Pada Pilihan […]

trending_flat

PM selesai mengundi, nasihat pengundi utk keluar awal

BUKIT MERTAJAM 12 Ogos 2023 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai membuang undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Pulau Pinang ke 15 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.41 pagi tadi. Anwar ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengundi di situ. "Alhamdulillah, saya dan Azizah selesai laksana tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Permatang Pasir pagi ini. Saya nasihatkan semua para pengundi untuk keluar awal dan tunaikan kewajiban kita dengan sebaik mungkin." kata Anwar menerusi hantaran di halaman sosial medianya hari ini. Menurut SPR, setakat jam 10 pagi tadi, peratusan kelar mengundi bagi negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 20%.

trending_flat

Tun M selesai mengundi

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selesai membuang undi jam 9:22 pagi ini bagi kerusi DUN Anak Bukit. Katanya ramai yang tidak keluar mengundi. "Saya harap para pengundi keluar beramai-ramai kerana Pilihanraya ini penting untuk tentukan masa depan kita, halatuju Negeri dan juga Negara. Saya juga ingin ucap terima kasih kepada para petugas SPR yang memastikan Pilihanraya Negeri ini berjalan baik. Selamat mengundi." kata beliau menerusi satu hantaran di halam sosial medianya.

trending_flat

JPPKK sahut hasrat Kerajaan perkasa pendigitalan melalui Inisiatif TVET Digital

BEHRANG, 11 OGOS 2023 - Majlis Pelancaran TVET DIGITAL POLYCC, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) tekah diadakan di sini semalam. TVET DIGITAL merupakan insiatif JPPKK dalam memantapkan pendigitalan pendidikan dan ketersediaan warga dan institusi JPPKK kepada teknologi baharu selaras agenda mentransformasi POLYCC. Abdul Razak berkata Pelancaran Transformasi TVET DIGITAL POLYCC ini jelas membuktikan bahawa politeknik dan kolej komuniti telah menyahut hasrat kerajaan dalam memperkasa pendigitalan dan bersedia mengadaptasi teknologi baharu. “Pelancaran inisiatif yang dibuat hari ini bertepatan dengan Amanat Tahun Baharu 2023 oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi sebelum ini yang menyatakan pelan pendigitalan KPT sedia ada akan dilonjakkan dengan memfokuskan kepada pendigitalan total dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatannya. Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelan […]

trending_flat

Maritim Malaysia dan Petronas perkukuh jalinan kerjasama melalui perjanjian persefahaman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Jalinan kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah diperkukuhkan lagi dengan termeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua entiti di ibu negara semalam. Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, MoU ini bertujuan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama demi menjaga keselamatan maritim dan aset-aset strategik PETRONAS di perairan Malaysia. Malah hasil termeterai perjanjian ini, pihak Maritim Malaysia dan PETRONAS akan memberangsangkan lagi kerjasama melalui inisiatif-inisiatif seperti di dalam bidang latihan dan operasi berasaskan kesediaan proaktif yang melibatkan risiko kepada aset-aset berkepentingan PETRONAS di dalam Zon Maritim Malaysia agar tindakan pencegahan awal dapat diambil sebelum ianya berlaku. Turut hadir pada sesi menandatangani MoU berkenaan, Setiausaha Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Zulkifli bin Abidin serta Ketua Pegawai Operasi PETRONAS dan Naib Presiden Kanan & […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation