Kebakaran MV KMTC Shenzen Berjaya Dikawal
PELABUHAN KLANG, 15 OGOS 2023 – Insiden kebakaran melibatkan 24 buah kontena di atas kapal MV KMTC SHENZEN yang berlaku pada 12 Ogos lalu telah berjaya dikawal sepenuhnya, hari ini. Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Shahrenliza bin Ghazali berkata, operasi pemadaman api yang dilakukan bersama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pelabuhan Klang telah berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran tersebut. Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan insiden kebakaran kontena di atas Kapal MV KMTC SHENZHEN di Perairan Pelabuhan Klang di sini hari ini. Sementara itu pada sidang media yang sama, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBSM) Negeri Selangor Nor Ariffin bin Kamari berkata, dalam usaha memadamkan kebakaran berkenaan pihak bomba berhadapan cabaran kerana perlu berhati-hati dengan bahan kimia yang terdapat di atas kapal […]