trending_flat

Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat Lotus’s Malaysia dirasmikan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Pn Hajah Fuziah Salleh telah merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat Lotus’s Malaysia yang diadakan di Lotus's Cheras hari ini. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidp )KPDN), Kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran barangan buatan Malaysia, meningkatkan keinginan pengguna untuk membeli barangan tempatan, memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempromosikan dan mempamerkan produk-produk mereka. Kata KPDN, sehingga kini, Lotus's Malaysia mempunyai sebanyak 112 rakan kongsi PKS tempatan yang menawarkanlebih daripada 900 jenis produk, di mana sebanyak 90% disahkan Halal. "Sempena KBBM, Karnival Mini di perkarangan Lotus's Cheras diadakan dengan menampilkan beraneka sampel produk daripada 17 jenama buatan tempatan bermula hari ini hingga Ahad, 20 Ogos 2023. Sebagai tanda […]

trending_flat

Menteri KPKT pengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh KPKT bertempat di Dewan Kristal, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pagi ini. Menurut KPKT, sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua pihak yang berkepentingan dan terlibat secara langsung dengan KPKT khususnya berkaitan sektor perumahan, pengurusan sisa pepejal, pengurusan bencana, kemampanan bandar dan kesejahteraan komuniti serta pemerkasaan perkhidmatan Kerajaan Tempatan. Kata KPKT, ia melibatkan pelaksanaan program di bawah inisiatif Belanjawan 2024 bagi melipat gandakan usaha dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang bertemakan Memperkasa Rakyat. Seramai 243 pemegang taruh terdiri daripada pemain industri seperti Syarikat Pemaju Perumahan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan mewakili komuniti, pihak Universiti dan pelbagai Agensi Kerajaan hadir sama dalam majlis tersebut. […]

trending_flat

Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI semarakkan bulan Hari Kebangsaan tahun ini

SEREMBAN 17 Ogos 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merasmikan Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di Pusat Beli-belah Mydin, Seremban 2 hari ini. Program yang diadakan bersama-sama Kempen “OHMYDIN! Meriah Bersama” sempena sambutan ulang tahun ke-66 Pusat Beli-belah Mydin bertujuan menggalakkan penyertaan dan kerjasama strategik pelbagai pihak khususnyasyarikat swasta bagi menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang kini sedang berlangsung. Menurut KKD menerusi satu kenyataan hari ini, sebanyak 45 program Semarak Gemilang bakal dilaksanakan di seluruh negara sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023 dan setakat ini, 14 program telah dilaksanakan seperti di bawah : Manakala bagi Negeri Sembilan, sebanyak tiga (3) program telah diadakan dan dirancang iaitu di SMK Dato' Mansor, Bahau pada 1 Ogos 2023, Pusat Beli-belah […]

trending_flat

Tingkat motivasi pulih alam sekitar melalui gamifikasi

Oleh: Dr. Nor Aishah Abdullah, Dr. Zati Hakim Azizul Hasan Rata-rata masyarakat tahu dan sedar tentang bahaya bahan pencemar kepada hidupan terutamanya kepada tumbuhan, haiwan dan manusia. Kehadiran gas karbon monoksida di dalam ruang udara misalnya boleh menyebabkan masalah kepada sistem respiratori, kegagalan jantung dan penyempitan salur pernafasan. Sulfur dioksida yang merupakan bahan kimia yang terhasil daripada pembakaran janakuasa dan proses perindustrian dibebaskan ke udara boleh menyebabkan penyakit seperti bronchitis dan asthma. Ia juga boleh terperangkap dalam wap air di udara menghasilkan hujan asid yang bukan sahaja memberi kesan kepada organisma tertentu malah seluruh ekosistem hidupan. Dr. Nor Aishah Abdullah Dr. Zati Hakim Azizul Hasan Meskipun begitu, tahap motivasi masyarakat negara kita dalam memelihara dan memulihara alam sekitar masih rendah. Ini dapat dilihat melalui beberapa siri kejadian pencemaran sungai yang berlaku di negara kita antaranya Sungai Kim Kim di Johor […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation