trending_flat

Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023): Meraikan Pengalaman Pelancongan Mesra Muslim Di Malaysia

IPOH, PERAK, 18 OGOS 2023 - Pusat Pelancongan Islam, sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini melancarkan Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023), sambutan selama satu bulan, menampilkan pelbagai tawaran pelancongan mesra Muslim menarik oleh industri pelancongan negara. ITM 2023 telah dilancarkan di Casuarina Convention Centre, Ipoh Perak oleh YAB Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dengan kehadiran istimewa YB Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Nizran Noordin, Ketua Pengarah ITC. Ipoh,18 Ogos 2023.Majlis pelancaran Islamic Tourism Month (ITM) oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan juga Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya YB Khairul Firdaus Akbar Khan di Casuarina @Meru Ipoh. MOTAC berhasrat untuk menonjolkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan mesra Muslim, menggalakkan dan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pemain industri dan ekosistem […]

trending_flat

Permintaan Domestik Tunggak Pengembangan Ekonomi Pada Suku Kedua 2023 dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Permintaan domestik yang kekal memberangsangkan pada suku kedua (S2) tahun 2023 telah menyokong ekonomi Malaysia, meskipun negara turut terkesan akibat kedinginan pasaran global. Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia pada S2 2023 berkembang sebanyak 2.9%, dan menjadikan pertumbuhan ekonomi pada separuh pertama 2023 kepada 4.2%. Kadar pertumbuhan pada separuh pertama tahun ini adalah sejajar dengan unjuran Kerajaan sebanyak 4.0% hingga 5.0% untuk keseluruhan tahun 2023. Permintaan domestik kekal ampuh pada S2 2023 dengan peningkatan sebanyak 4.5%, manakala jumlah perdagangan luar menguncup 11.3% kepada RM643.4 bilion pada S2 2023. Perbelanjaan awam dan swasta menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, dengan kedua-dua sektor tersebut masing-masing meningkat sebanyak 4.6% dan 4.5%. Dari sudut penawaran, perkembangan ekonomi Malaysia pada S2 2023 ini disokong oleh peningkatan dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pembinaan mencatat kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.2% diikuti dengan sektor perkhidmatan (4.7%), dan sektor […]

trending_flat

Laman Web Palsu sistem eGUMIS

PUTRAJA 18 Ogos 2023 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memaklumkan terdapat laman web palsu bagi sistem eGUMIS. Di dalam satu kenyataan ringkas hari ini, JANM berkata bahawa url halaman web yang dimaksudkan adalah https://telegroup.my.id/jawatanmalaysiaterkini-tdr "Hasil semakan Computer and Incident Response Teams (CSIRT) JANM, url tersebut adalah phishing website atau laman web penipuan digital. Justeru orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati dengan memastikan melayari laman web sebenar bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di url https://egumis.anm.gov.my/" kata JANM.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation