Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid
SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan berita tular bahawa wujud ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berniat untuk mengosongkan kerusi adalah sebagai khabar angin. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. Kredit foto Pejabat Timbalan Perdana Menteri. "Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat bahwa mandat dan watikah itu telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri. Ini telah pun ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan juga dalam dokumen-dokumen yang telah diikrarkan di […]