trending_flat

Kemasukan Pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti Meningkat Hampir 20 Peratus

PUTRAJAYA, 27 OGOS 2023 - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat sebanyak hampir 20 peratus pada Sesi Akademik I 2023/2024. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail berkata ianya merupakan satu lonjakan yang agak besar. “Statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos 2023 menunjukkan bahawa politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sesi sebelum ini iaitu 22,634 pelajar, sesuatu di luar jangkaan kita. Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 September hadapan dengan mensasarkan seramai 32,000 orang pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) atas usaha berterusan mereka untuk meningkatkan […]

trending_flat

Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah iktiraf kualiti pembangunan landskap

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir telah merasmikan Projek Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan bertempat di Kawasan Lapang AU3 Setiawangsa (Taman Komuniti Keramat Wangsa) pada pagi ini. Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pembangunan Taman Komuniti tersebut telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan geran bernilai RM1 juta yang diterima atas kejayaan menggungguli tempat pertama dalam Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah pada Tahun 2019. "Projek ini melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, trek jogging, laluan pejalan kaki, kawasan riadah dan kawasan lapang bagi aktiviti kemasyarakatan penduduk sekitar. Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah adalah satu bentuk pengiktirafan oleh KPKT kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menunjukkan kualiti pembangunan landskap yang terbaik. Ia merupakan usaha bersama dalam mela ksanakan perancangan, pembangunan dan pengurusan infrastruktur landskap yang komprehensif, […]

trending_flat

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR - Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas adalah bersempena dengan sesi turun padang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ke Negeri Johor. Program yang menyasarkan golongan belia serta masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai programprogram pembangunan belia yang dijalankan oleh KKDW melalui agensinya di Negeri Johor. Antara kekuatan utama pembangunan belia luar bandar adalah pendidikan berasaskan kepada TVET. Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) melalui agensinya tellah menyampaikan peruntukan sebanyak RM5.41juta khusus kepada golongan belia di Negeri Johor iaitu seramai 121 penerima. Ia merangkumi:- 1. Projek Rakan Kebun SKoD oleh KEMAS Johor berjumlah RM110,000.00. 2. Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) KEJORA yang berjumlah RM150,000.00, Skim Bantuan Pertanian Berkelompok KEJORA yang berjumlah RM100,000.00 dan Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan KEJORA yang berjumlah RM100,000.00. 3. Program […]

trending_flat

Yayasan Kebajikan Siswa dan Kementerian Pendidikan Tinggi seiring cakna kebajikan Mahasiswa

SABAH, 26 Ogos 2023 - Timbalan Menteri Pendidikan Tingg, Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah meluangkan masa menziarahi Dayangku Siti Mashitah Awangku Sulaiman, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I semalam. Dayangku Siti Mashitah telah dimasukkan ke hospital sejak 2 bulan lalu dan telah kehilangan keduadua belah tangan dan kaki disebabkan komplikasi penyakit apendiks. Mahasiswa tahun 2 jurusan Hubungan Antarabangsa UMS itu ketika ditanya masih menunjukkan semangat untuk meneruskan pengajiannya. Justeru, KPT bersama UMS akan melihat kaedah terbaik untuk memudahkan urusannya. "Kehadiran pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah sebagai tanda sokongan kepada pelajar dan ahli keluarga mereka serta komitmen keprihatinan berterusan Kementerian terhadap kebajikan dan kesejahteraan siswa kita," Mohammad Yusof Apdal berkata demikian semasa menyalurkan bantuan bagi pihak Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) kepada waris pelajar. YKS sejak 2021 aktif menyantuni dan menyediakan pelbagai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation