trending_flat

Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Bukti Keutuhan Patriotisme Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2023 – Seramai lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2023. Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam acara ini membuktikan semangat patriotik yang kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan persembahan Tim Akrobatik Army Red Warrior Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan penglibatan 42 orang peserta dan penampilan khas 66 buah motosikal Royal Enfield. Turut dipamerkan ialah aksi terjunan tepat VAT69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), persembahan 400 pergendangan, 36 kumpulan pancaragam dan persembahan khas Hari Kebangsaan 2023 bertajuk “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” oleh 1,500 orang peserta. Acara perbarisan dan perarakan yang menjadi tarikan utama sambutan telah dijayakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan 67 kontinjen. Kontinjen ini dibahagikan kepada sembilan komponen iaitu kenegaraan, perpaduan Malaysia MADANI, ekonomi, perbankan, telekomunikasi, industri […]

trending_flat

Jadilah seperti kiambang

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Mutakhir ini, bibit perpecahan semakin kuat bertiup dalam masyarakat Malaysia. Tema perkauman dan agama masih lagi dimanfaatkan untuk mendapat sokongan, bahkan kini semangat kenegerian cuba dijadikan modal provokasi khususnya pasca pilihanraya. Sentimen ini sangat berbahaya terhadap keutuhan masyarakat dan negara Malaysia. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Isu 3R yang melibatkan kaum, agama dan raja merupakan isu yang sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan dan konflik. Stereotaip kaum dan agama ditimbulkan oleh provokator, misalnya menghina orang Melayu sebagai bodoh dan mundur, Islam sebagai agama barbarik dan akan menzalimi orang bukan Islam. Malahan ada pihak yang menghina Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong. Begitu juga ada yang memainkan semangat kenegerian dengan menghina negeri Melayu sebagai miskin dan terkebelakang. Tidak kurang ada yang berkempen untuk menghalau orang negeri lain, memboikot kedai makan milik orang negeri lain, […]

trending_flat

Propel Global Rekod RM10 Juta Keuntungan sebelum Cukai bagi S4 TK2023

KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2023 – PROPEL GLOBAL BERHAD ("Propel Global" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan minyak dan gas (“O&G”) serta bahan kimia khusus hiliran kepada industri O&G, hari ini mengumumkan peningkatan yang ketara dalam hasil dan keuntungan sebelum cukai ("PBT") bagi S4 TK2023. Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM43.5 juta dan PBT sebanyak RM3.2 juta untuk S4 TK2023, berbanding hasil sebanyak RM18.7 juta dan kerugian sebelum cukai ("LBT") sebanyak RM8.0 juta pada S4 TK2022. Segmen O&G mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan, dengan hasil sebanyak RM16.2 juta dan PBT sebanyak RM2.3 juta pada S4 TK2023. Peningkatan jualan ini terutamanya disumbangkan oleh peningkatan pengeluaran bahan kimia pengeluaran dan sumbangan daripada anak syarikat yang baru diambil alih, yang membolehkan segmen perniagaan ini berpusing arah dari kerugian bersih sebanyak RM5.7 juta dalam S4 TK2022, dengan peningkatan keuntungan bersih sebanyak RM8.0 juta. Dalam Segmen Perkhidmatan Teknikal (“TS”), Kumpulan melaporkan hasil […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation