trending_flat

19 Kerusi Dalam Genggaman, PH-BN Kedah yakin bentuk Kerajaan Negeri Baharu

ALOR SETAR, 9 Ogos - Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berkeyakinan tinggi sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini. Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tambahan tiga kerusi itu akan membolehkan PH-BN mendapat majoriti mudah, sekali gus dapat mempersembahkan calon Menteri Besar baharu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah. "Saya masih berkeyakinan bahawa 16 kerusi sudah dalam genggaman kami, kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi, saya penuh yakin tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini. Saya tak boleh sebut tiga kerusi itu di mana, itu rahsia dan kita tak mahu mengganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil," katanya dalam sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi […]

trending_flat

Manifesto Kedah Madani Realistik – Tidak Janji Bulan Bintang, Selesai Agenda Tergendala

ALOR SETAR, 8 Ogos – Manifesto Kerajaan Perpaduan Kedah Madani dirangka dengan mengambil kira keperluan rakyat negeri itu bukan sekadar satu janji melangit. Ianya juga disusun berasaskan realistik dengan misi utamanya untuk menyelesaikan segala agenda yang tergendala selama ini. Menggariskan empat teras utama, manifesto berkenaan mencakupi setiap aspek yang dilihat memainkan peranan sebagai tunjang pembangunan Kedah. Meletakkan sasaran membangunkan semula Kedah agar lebih progresif dan berdaya saing, ia diyakini mampu membantu negeri terbabit kembali bangkit. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, negeri yang satu ketika dahulu digelar Jelapang Padi itu memerlukan sentuhan pemimpin berpengalaman agar kembali fokus kepada kemajuan, kemakmuran, berdaya huni dan mapan. Menurut beliau, tempoh pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 37 bulan telah meletakkan Kedah dalam keadaan pincang, apabila berdepan pelbagai kegagalan di peringkat dasar, kepimpinan, urus tadbir dan tatakelola yang lemah. “Ia […]

trending_flat

Pos Malaysia Memperkenalkan Pos Raudhah

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2023 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), pembekal perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia memperkenalkan Pos Raudhah, pakej langganan yang menyediakan perlindungan untuk bantuan khidmat urusan jenazah 24 jam atau bantuan tunai untuk pengurusan pengebumian. Pakej langganan ini dengan kerjasama bersama Bumijez Sdn. Bhd. bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan kewangan serta meringankan beban waris apabila menguruskan pengebumian selepas kematian yang tersayang. Pos Raudhah kini tersedia di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia. Pakej langganan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 1 tahun hingga 69 tahun, termasuk mereka yang beragama Islam dan bukan Islam, dan prosedur akan dijalankan mengikut syarat dan kesesuaian agama masing-masing. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, "Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada rakyat, pengenalan Pos Raudhah mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan bantuan […]

trending_flat

Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam sempena Bulan Kebangsaan

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital. Fahmi Fadzil pakej-pakej tersebut ditawarkan sempena Bulan Kebangsaan dan kedua-duanya merupakan pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran. "Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan. Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00. Pakej tersebut akan berada di pasaran […]

trending_flat

Fit Malaysia kembali

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim telah merasmikan program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 bertempat di Padang Kota Lama, George Town semalam. Fit Malaysia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat seiring dengan kerangka Malaysia MADANI. Menurut KBS, penganjuran program kali ini berkonsepkan karnival kecergasan dengan pengisian aktiviti seperti fun ride 10km & 30km, fun run 5km & 10km, fun walk 3km, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi. "Setelah dua tahun tidak dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19, Fit Malaysia kembali dengan mengekalkan tema “Lets’s Get Fit” dengan objektif seperti meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat, membudayakan sukan dalam kalangan […]

trending_flat

Pilih yang mampu tadbir, bukan pilih yang populis

ALOR STAR, 7 Ogos - Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa rakyat Kedah untuk memilih pemimpin negeri yang mampu menguruskan negeri dengan efektif daripada memilih berdasarkan populariti. Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, menekankan keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang mampu menguruskan pembangunan ekonomi negeri dengan baik. "Di Kedah, terdapat majoriti Melayu, tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Thai, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh. "Betul atau tidak? Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan kita kena fikir, ini (pemerintahan negeri) bukan untuk watak populis, bukan mahu popular. "kita nak jadi kerajaan, tak penting popular. Yang pentingnya boleh menguruskan negeri ini. Yang paling penting adalah bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik. Beliau berkata demikian pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di sini semalam. Mahdzir juga menekankan bahawa kemajuan negeri juga bergantung kepada hubungan yang […]

trending_flat

Fahmi lawat Pusat Media PRN DUN

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini melawat salah sebuah Pusat Media yang dibuka sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN ) ke 15 di Kuala Langat, Selangor. Pusat Media lain adalah di Sabak Bernam (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Alor Setar (Kedah) yang diseliakan bersama oleh Kementerian Komuniksi dan Digital dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen). Di situ, beliau diberi taklimat mengenai pengopersian Pusat Media yang terletak di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Langat oleh JaPen. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JaPen, Dato’ Sukari Abd Hamid. Selain Pusat Media tersebut, JaPen juga telah mewujudkan Pusat Media Maya (PMM) melalui platform WhatsApp secara berasingan untuk enam negeri yang terlibat dalam PRN DUN iaitu Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Ahli-ahli PMM termasuk wakil-wakil komunikasi daripada setiap parti politik yang bertanding termasuk Pakatan Harapan , Barisan Nasional dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation