trending_flat

Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah iktiraf kualiti pembangunan landskap

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir telah merasmikan Projek Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan bertempat di Kawasan Lapang AU3 Setiawangsa (Taman Komuniti Keramat Wangsa) pada pagi ini. Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pembangunan Taman Komuniti tersebut telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan geran bernilai RM1 juta yang diterima atas kejayaan menggungguli tempat pertama dalam Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah pada Tahun 2019. "Projek ini melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, trek jogging, laluan pejalan kaki, kawasan riadah dan kawasan lapang bagi aktiviti kemasyarakatan penduduk sekitar. Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah adalah satu bentuk pengiktirafan oleh KPKT kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menunjukkan kualiti pembangunan landskap yang terbaik. Ia merupakan usaha bersama dalam mela ksanakan perancangan, pembangunan dan pengurusan infrastruktur landskap yang komprehensif, […]

trending_flat

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR - Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas adalah bersempena dengan sesi turun padang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ke Negeri Johor. Program yang menyasarkan golongan belia serta masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai programprogram pembangunan belia yang dijalankan oleh KKDW melalui agensinya di Negeri Johor. Antara kekuatan utama pembangunan belia luar bandar adalah pendidikan berasaskan kepada TVET. Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) melalui agensinya tellah menyampaikan peruntukan sebanyak RM5.41juta khusus kepada golongan belia di Negeri Johor iaitu seramai 121 penerima. Ia merangkumi:- 1. Projek Rakan Kebun SKoD oleh KEMAS Johor berjumlah RM110,000.00. 2. Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) KEJORA yang berjumlah RM150,000.00, Skim Bantuan Pertanian Berkelompok KEJORA yang berjumlah RM100,000.00 dan Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan KEJORA yang berjumlah RM100,000.00. 3. Program […]

trending_flat

Yayasan Kebajikan Siswa dan Kementerian Pendidikan Tinggi seiring cakna kebajikan Mahasiswa

SABAH, 26 Ogos 2023 - Timbalan Menteri Pendidikan Tingg, Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah meluangkan masa menziarahi Dayangku Siti Mashitah Awangku Sulaiman, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I semalam. Dayangku Siti Mashitah telah dimasukkan ke hospital sejak 2 bulan lalu dan telah kehilangan keduadua belah tangan dan kaki disebabkan komplikasi penyakit apendiks. Mahasiswa tahun 2 jurusan Hubungan Antarabangsa UMS itu ketika ditanya masih menunjukkan semangat untuk meneruskan pengajiannya. Justeru, KPT bersama UMS akan melihat kaedah terbaik untuk memudahkan urusannya. "Kehadiran pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah sebagai tanda sokongan kepada pelajar dan ahli keluarga mereka serta komitmen keprihatinan berterusan Kementerian terhadap kebajikan dan kesejahteraan siswa kita," Mohammad Yusof Apdal berkata demikian semasa menyalurkan bantuan bagi pihak Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) kepada waris pelajar. YKS sejak 2021 aktif menyantuni dan menyediakan pelbagai […]

trending_flat

Belanjawan 2024 : Anwar kerah semua Kementerian adakan libat urus

JOHOR BAHRU – Jelajah Belanjawan 2024 bagi peringkat Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menekankan supaya semua Kementerian akan dikerah untuk mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan masing-masing bagi memastikan Belanjawan 2024 yang menyeluruh dan selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI. “Kita akan melaksanakan libat urus Belanjawan 2024 di semua negeri dan saya telah arahkan semua kementerian Kerajaan Perpaduan untuk mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi mendengar cadangan dan pandangan mereka menjayakan Belanjawan MADANI kedua,” kata Anwar. Beliau turut memberi komitmen bahawa Kerajaan akan memastikan tatakelola yang baik serta mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi memudahcarakan perniagaan (ease of doing business) dan merealisasikan pelaburan yang berkualiti ke Malaysia. Juga dalam ucapan Jelajah Belanjawan 2024 peringkat Negeri Johor, Anwar mengumumkan komitmen Kerajaan untuk menambah aktiviti yang berkaitan bagi menyokong pembangunan zon kewangan […]

trending_flat

Penghantaran Secara Lestari untuk Malaysia: POS MALAYSIA Miliki Armada Kenderaan Elektrik Terbesar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dalam misinya menjadi sifar bersih menjelang tahun 2050, telah menerima penghantaran 50 buah motosikal elektrik daripada Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd ("MODENAS"), pemasang MEV-1, dan DRB-HICOM EZDrive Sdn Bhd ("AVIS"), penyedia program pajakan MEV-1. Dari kiri ke kanan: En. Cairil Irwan Mohd Amir Sharifuddin - Timbalan Ketua, Komunikasi Strategik Kumpulan, DRB-HICOM Berhad,En. Akkbar Danial - Ketua, Pengedaran Automotif, DRB-HICOM Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, En. Syahrul Yusuf -Ketua Pegawai Operasi, AVIS Malaysia, En. Charles Brewer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, POS Malaysia Berhad,En. Roslan Roskan - Ketua Pegawai Eksekutif, MODENAS, En. Mahmood Razak Bahman - Ketua, Komunikasi StrategikKumpulan, DRB-HICOM Berhad, En. Cheah Chee Kong - Ketua, Pengurusan Risiko & Kelestarian Kumpulan, DRB-HICOM Berhad Pos Malaysia berpegang teguh pada komitmen […]

trending_flat

KPDN setuju lanjutkan OP TIRIS ke FASA 2 – Armizan

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan langkah pemerkasaan gerak kerja penguatkuasaan di bawah pelaksanaan OPS TIRIS bagi memastikan isu ketirisan subsidi minyak diesel dapat dibanteras. Menurut Armizan, OPS TIRIS telah dilancarkan oleh KPDN pada 1 Mac 2023 sehingga 31 Ogos 2023 selama 6 bulan bertujuan membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang telah menyebabkan kerugian besar kepada Kerajaan serta mengakibatkan ketirisan berlaku setelah sebahagian bekalan diesel bersubsidi tidak sampai kepada golongan sasar. Katanya berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 23 Ogos 2023, sebanyak 10,351 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara, manakala sebanyak 121 aduan telah diterima berhubung isu berkaitan dalam tempoh yang sama. "Daripada jumlah itu, sebanyak 459 kes telah […]

trending_flat

MOTAC diberi tanggungjawab promosikan Program MM2H

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing memaklumkan bahawa 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 (𝐌𝐎𝐓𝐀𝐂) 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐲 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐇𝐨𝐦𝐞 (𝐌𝐌𝟐𝐇). Kata Tiong King Sing dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, 𝐌𝐎𝐓𝐀𝐂 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧-𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐊𝐃𝐍) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧. "Saya berharap, dengan ketetapan baharu ini dapat menambah baik mutu perkhidmatan dan kecekapan bagi proses permohonan seterusnya menjayakan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan masyarakat dunia terutama dalam kalangan negara serantau. Saya juga berharap 𝐩𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭-𝐩𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐢𝐬𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐭𝐚 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐠𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚. Marilah kita bersama-sama erusaha menarik minat masyarakat dunia […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation