trending_flat

Pentingnya menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran – Anwar

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan dalam menguasai, mendalami dan memahami isi kandungan Al-Quran. Katanya tanpa kefahaman yang tepat, ia bakal melahirkan dua golongan esktrem iaitu golongan yang mempromosi Islamophobia dan golongan yang melampau dalam agama. Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersma isterinya Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kredit foto Facebook rasmi Perdana Menteri. "Saya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk. Tanpa kefahaman yang tuntas, ianya akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekaligus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama." katanya menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasminya. Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya tidak akan bersikap apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub […]

trending_flat

Fadhli tidak layak jadi Ahli Parlimen jika bersikap jumud – Zahid

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari bahawa kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri adalah bermotifkan politik semata-mata. "Dia ni gila ke apa? Ini bukan soal politik. Sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan adalah acara Nasional." kata Ahmad Zahid apabila mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Putrajaya hari ini. "Saya fikir jangan dipolitikkan. Saya fikir dia tak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud begitu. Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan." tegas Ahmad Zahid. Semalam, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, […]

trending_flat

Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 semarakkan kegiatan ekonomi negeri Pahang

KUANTAN 19 OGOS 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan program Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 selama tiga (3) hari bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2023 bertempat di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Pertandingan Panjat Tiang Licin Pertandingan Pukul Bantal Sesi Fit @ Community Sukan Rakyat Sukan Rakyat 2 Sukan Rakyat 2 Demostrasi Menyelamat oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Demonstrasi Menyelamat oleh Polis Marin Majlis dihadiri oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Pahang Cik Leong Yu Man yang mewakiliMenteri Besar Pahang dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan. Turut hadir adalah para pemimpin di peringkat Persekutuan serta Negeri. YBTM MOTAC dan YB Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Pahang Menurut MOTAC, penganjuran Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 tersebut adalah usaha memperkukuhkan industri pelancongan, seni dan […]

trending_flat

Seratus pasukan sertai Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi - Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA) pada pagi hari ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi - Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA). Foto-foto kredit Pejabat Timbalan Perdana Menteri Program tersebut telah diadakan di Padang TEP Luar ABC, Presint 5, Putrajaya. Menurut Ahmad Zahid beliau hadir memberikan sokongan moral di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet Pembangunan Sukan. "Kita telah menjalin kerjasama yang erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidkan Malaysia […]

trending_flat

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang Asli Sebagai Ejen Perubahan Diri’ yang diangkat sebagai inspirasi dalam merancang pembaharuan yang melibatkan Orang Asli di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat global. Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tersebut dilaksanakan bagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap resolusi United Nations dan rasa solidariti terhadap masyarakat Orang Asli sedunia. Kata JAKOA, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan berlangsung termasuklah program bual bicara oleh United Nations Development Programme (UNDP) yang akan membincangkan hala tuju golongan belia masyarakat Orang Asli di peringkat global secara umum dan peringkat lokaliti secara khususnya. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang melihat jualan usahawan Orang Asli. Kredit Foto UKK KKDW "Ia turut melibatkan seramai 1000 orang peserta masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada […]

trending_flat

OAOSC Bawong manfaatkan lebih tujuh ribu masyarakat Orang Asli

SUNGAI SIPUT, 19 OGOS 2023 - – Lebih tujuh ribu masyarakat Orang Asli dari 39 perkampungan menerima manfaat akses kemudahan awam yang lebih baik selain menjana pendapatan melalui Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Sungai Siput, Perak. Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dengan kos keseluruhan RM166.4 juta, OAOSC Bawong yang siap pada November 2020 itu juga berfungsi dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, meningkatkan penglibatan Orang Asli (empowerment) dalam aktiviti ekonomi, sosial dan kebudayaan serta memaksimumkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang meninjau kemudahan ATM di OAOSC Bawong. Kredit Foto UKK KKDW "Pusat sehenti pertama di Malaysia yang dibina untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli ini juga terletak di lokasi strategik bersebelahan sekolah yang merangkumi tujuh penempatan utama iaitu penduduk Kampung Bawong, Pos […]

trending_flat

Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023): Meraikan Pengalaman Pelancongan Mesra Muslim Di Malaysia

IPOH, PERAK, 18 OGOS 2023 - Pusat Pelancongan Islam, sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini melancarkan Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023), sambutan selama satu bulan, menampilkan pelbagai tawaran pelancongan mesra Muslim menarik oleh industri pelancongan negara. ITM 2023 telah dilancarkan di Casuarina Convention Centre, Ipoh Perak oleh YAB Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dengan kehadiran istimewa YB Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Nizran Noordin, Ketua Pengarah ITC. Ipoh,18 Ogos 2023.Majlis pelancaran Islamic Tourism Month (ITM) oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan juga Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya YB Khairul Firdaus Akbar Khan di Casuarina @Meru Ipoh. MOTAC berhasrat untuk menonjolkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan mesra Muslim, menggalakkan dan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pemain industri dan ekosistem […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation