Jangan jadikan anak murid sebagai content di media sosial – Teo Nie Ching
Guru-guru dan ibu bapa diseru untuk berfikir secara mendalam sebelum memuat naik gambar atau video anak-anak ke media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, beliau menyokong kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang melarang guru-guru menjadikan anak murid sebagai ‘content’ di media sosial. “Memang pada zaman sekarang semua orang ada akaun media sosial, tetapi itu tidak bermaksud bahawa kita boleh ataupun perlu berkongsi apa-apa sahaja informasi dalam media sosial kita. “Kita perlu ingat bahawa murid-murid, pelajar-pelajar adalah golongan kanak-kanak yang belum mencapai umur dewasa,” katanya menerusi satu video pendek di laman sosial TikToknya. Jelasnya, informasi-informasi berkaitan anak murid ini adalah sangat-sangat sensitif dan kita sebagai orang dewasa perlu menjadi penjaga dan penyelamat kepada anak-anak bangsa. Baru-baru ini media melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam […]