trending_flat

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Kredit video : Rancangan Podcast Politik Malaysia, Keluar Sekejap. Sedutan EP50 #KeluarSekejap:Ulasan @TSWanJunaidi tentang pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Dengar dan tonton Episode 50 penuh di Spotify atau YouTube. #KeluarSekejap pic.twitter.com/v0QTV4ATHp— Keluar Sekejap (@keluarsekejap) September 16, 2023

trending_flat

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi santuni warga Kolej Komuniti Kuching dalam sesi Segulai Sejalai

KUCHING, 16 SEPTEMBER - Seramai 60 orang yang terdiri daripada Pengarah-pengarah politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak dan warga Kolej Komuniti Kuching (KKKG) disantuni oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, DatukMohammad Yusof Apdal pada sesi Segulai Sejalai bertempat di Dewan Serbaguna, KKKG, hari ini. Lawatan tersebut membolehkan Mohammad Yusof melihat sendiri keunikan dan kecemerlangan KKKG dalam meningkatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia khususnya di Negeri Sarawak. "Setiap Kolej Komuniti mempunyai fokus dan keistimewaannya tersendiri, di mana setiap kursus yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat. Dalam menjayakan Ekonomi MADANI, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh menyumbang dengan lebih berkesan, khususnya melalui pendekatan 4P iaitu Penyediaan bakat; Penyelidikan dan inovasi; Pemindahan dan Perkongsian ilmu dengan masyarakat; dan Pengantarabangsaan." katanya. Ujarnya lagi, KPT melalui Kolej Komuniti berperanan besar dalam meningkatkan perkongsian ilmu dengan […]

trending_flat

JKDNKA berjaya tumpaskan sindiket seludup rokok, minuman keras dan bongkar makmal haram proses arak tiruan

KUALA LUMPUR, 15 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah melaksanakan pelbagai operasi termasuk Op Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 14 September 2023. Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Pengarah JKDNKA PDRM, CP Dato’ Sri Hazani Bin Ghazali berkata melalui operasi-operasi yang dijalankan tersebut seramai 3,764 individu telah ditahan dan pelbagai barangan seperti ubat–ubatan palsu, barang tidak bercukai kastam, haiwan dan hidupan liar telah dirampas dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM726,441,416.62. Katanya lagi, pada 7 September 2023, hasil risikan yang dijalankan oleh Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), JKDNKA Bukit Aman bersama Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras telah melancarkan tiga (3) serbuan di Kajang, Selangor. "Hasil serbuan tersebut telah berjaya menumpaskan satu (1) sindiket kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation