trending_flat

Program Merdeka Sukacipta kukuhkan perpaduan masyarakat

KUALA LUMPUR, 17 September 2023 - Balai Seni Negara telah megadakan program Merdeka Sukacipta, bersempena sambutan Hari Malaysia 2023 dan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-66 pada tahun ini. Program tersebut berlangsung pada 16 dan 17 September 2023 bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur dan telah mendapat kerjasama daripada Nestle Milo, Gardenia, Farm Fresh, Gempak Starz dan Institut Jantung Negara (IJN). Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-Kanak “Merdeka Sukacipta”, Pertandingan Kostum Kreatif dan Pertandingan Seni Melukis Figuratif. Bagi Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-Kanak “Merdeka Sukacipta”, ia dibahagikan mengikut lima kategori iaitu Mewarna (OKU), Mewarna (6 tahun), Mewarna (7 – 9 tahun), Mewarna dan Melukis (10 – 12 tahun) serta Melukis (13 – 15 tahun). Manakala Pertandingan Kostum Kreatif pula terbuka kepada warganegara berumur 6 tahun ke atas mengikut kategori umur. Sementara itu, Pertandingan […]

trending_flat

Anwar bertemu wakil CCC dan Huawei

NANNING, 17 September 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan daripada dua buah syarikat gergasi China iaitu China Communications Construction Group (CCCC) dan Huawei Technologies Co. Ltd. (Huawei). Menurut Anwar menerusi satu catatatan di halaman X beliau, rombongan CCCC diketuai oleh Pengerusinya, Encik Wang Tongzhou manakala dalam sesi berikutnya pula, rombongan Huawei diketuai oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Penyeliaannya, Encik Li jie. Katanya lagi, kedua-dua buah syarikat memaklumkan keyakinan mereka ke atas kedudukan semasa ekonomi negara dan arah tuju yang ingin dibawa oleh Kerajaan Perpaduan. "Justeru, mereka berhasrat untuk terus berada di Malaysia dan komited menyokong projek-projek mega yang direncana Kerajaan. Komitmen ini khususnya melibatkan projek-projek infrastruktur jaringan pengangkutan darat, pembangunan ekonomi digital dan sektor tenaga boleh diperbaharui. " kata Anwar. Di dalam pertemuan tersebut, Anwar menyentuh kepentingan penglibatan syarikat tempatan, perpindahan teknologi dan […]

trending_flat

Potensi graphene oksida dalam rawatan kanser

Oleh: Dr Rafeezul Mohamed Pengenalan Kanser merupakan penyakit kompleks yang terus mencabar para penyelidik perubatan di seluruh dunia. Graphene oksida (GO) merupakan bahan nano dua dimensi yang telah menarik minat yang besar disebabkan oleh sifat fisiko-kimia yang unik dan berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi bioperubatan termasuk rawatan kanser. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan potensi GO dalam rawatan kanser. Artikel ini merangkumi sifat-sifat unik GO, kaedah sintesis, dan teknik fungsian permukaannya. Pelbagai aplikasi GO dalam diagnosis atau pengesanan awal kanser, penghantaran ubat kanser, terapi fototerma, imunoterapi, serta kombinasi sinergistik dengan rawatan konvensional diterangkan secara terperinci. Selain itu, cabaran, pertimbangan keselamatan, dan prospek masa depan dalam menterjemahkan terapi kanser meggunakan GO pada peringkat klinikal turut dihuraikan dalam artikel ini. Dr Rafeezul Mohamed Sifat-sifat dan Sintesis GO GO terdiri daripada lapisan atom karbon yang tersusun dalam bentuk heksagonal. GO mempunyai ketebalan yang […]

trending_flat

Anwar tiba di Nanning

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Nanning bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS. Beliau diiring Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Di dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata bahawa sewaktu berucap di Majlis Perasmian CAEXPO dan untuk China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama para pemimpin ASEAN yang lain, beliau menyentuh kepentingan kebersamaan rantau Asean dan China agar terus fokus kepada aspek keamanan, kestabilan selain perdagangan beserta pelaburan yang terkait, kendatipun menopang cabaran pasca-pandemik dan dinamika geopolitik dunia masa kini. Katanya adalah penting usaha sedemikian dipelbagaikan seiring dengan perubahan dunia yang semakin mencabar. "Saya sempat menyentuh mengenai Rundingan Penambahbaikan ACFTA 3.0 yang sedang berjalan dimana ia amat penting bagi pemulihan pasca-pandemik COVID-19, hatta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara […]

trending_flat

TPM rasmi Karnival Sara Hidup Sarawak

KUCHING, 17 September 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada hari ini telah merasmikan Program Outreach Sara Hidup Pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional serta Karnival Sara Hidup Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 bertempat di Dewan HIKMAH, Kuching, Sarawak. Turut hadir adalah Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan bin Mohd Ali. Karnival Sara Hidup merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberi fokus kepada sumbangan bantuan kewangan tanpa tunai kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional serta pendedahan awal terhadap peluang pendidikan ke peringkat tinggi melalui pameran pendidikan dan kerjaya yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan Swasta seperti berikut: I. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT);II. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);III. Tabung […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation