trending_flat

Tourism Malaysia Taja Jersi Polka Dot Raja Bukit Le Tour De Langkawi 2023

KUALA LUMPUR, 18 September 2023 – Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2023, hari ini memperkenalkan Tourism Malaysia sebagai penaja jersi Raja Bukit atau King of the Mountain bagi perlumbaan berbasikal itu yang bakal menyaksik an permulaan saingan di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini. Dengan tajaan sebanyak RM1 juta, kehadiran Tourism Malaysia yang mengangkat jenama “Malaysia Truly Asia”, bakal memeriahkan lagi perlumbaan berstatus ProSeries tersebut selama lapan hari sekali gus mempromosikan segmen pelancongan sukan negara. Selain tajaan tunai, Tourism Malaysia turut membawakan persembahan kebudayaan tradisional di setiap lokasi pelepasan selain kemunculan pempengaruh media sosial di beberapa lokasi perlumbaan bagi mempromosikan LTdL secara lebih meluas khususnya di Indonesia. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, kolaborasi penajaan tersebut bukanlah suatu yang baharu kerana pihaknya telah turut sama mempromosikan LTdL sejak awal […]

trending_flat

Pemimpin Pelajar Negara-Negara Asean Dan Jepun Menerajui Usaha Menentang Sisa Plastik Marin Dan Ke Arah Hari Esok Yang Mampan Di “Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar Asean-Jepun (Ajyeln)”

Dalam talian dari 3pm JST pada 21 September 2023TOKYO, 18 Sept (Bernama) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan mengadakan Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar ASEAN-Jepun (AJYELN) pada hari Khamis, 21 September, 15:00-16:30 (JST). Pelancaran tersebut akan memperkenalkan 37 orang felo secara rasmi yang telah dipilih daripada ratusan pemohon yang bersaing sengit dari semua Negara Anggota ASEAN dan Jepun. Felo AJYELN akan membentangkan projek masing-masing mengenai cara untuk menangani isu pencemaran plastik di komuniti setempat mereka.Kementerian Alam Sekitar Jepun, akan mendapat penghormatan untuk memberikan Ucapan Perasmian manakala Ucapan Alu-aluan akan diujarkan oleh Sekretariat ASEAN. En. Robin Takashi Lewis daripada myMizu dan Social Innovation Japan akan memberikan Ucaptama manakala Mesej Sokongan akan dikongsi oleh En.Senjaya Mulia daripada Organisasi Belia ASEAN dan Perusahaan Sosial AYO.AJYELN ialah program berbilang tahun AJC yang pertama yang bertujuan untuk merekrut dan melatih pemimpin muda alam sekitar dalam […]

trending_flat

Kembara Cuti-Cuti Malaysia The Girls Republique bersama Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 September 2023 – Sebanyak 12 pempengaruh media sosial yang bernaung di bawah jaringan The Girls Republique, menyertai program Kembara CutiCuti Malaysia The Girls Republique bermula hari ini untuk menghasilkan kandungan media sosial serta mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan menarik di sekitar negeri Kelantan dan Pahang. Program kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia itu antara lain bertujuan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya Generasi Z dan Millennial, untuk lebih aktif melancong di dalam negara serta mencipta kenangan indah bersama rakan-rakan sekali gus merancakkan lagi kempen pelancongan domestik. Antara lokasi pelancongan yang dilawati termasuklah Muzium Negeri Kelantan, Street Art Kota Bharu, Kampung Kraftangan, Pantai Senok dan Pantai Nusuk di Kelantan. Di Pahang, aktiviti pelancongan yang diketengahkan pula melibatkan kawasan Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip dan menelusuri mangrove river cruise selain meluncurdi Cherating. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, generasi […]

trending_flat

Menerokai keseronokan dunia sains kesihatan

Tahukah anda kumpulan darah manusia ditentukan dengan kehadiran atau ketiadaan protein pada sel darah merah? Dan bagaimana rupa bentuk sel darah manusia dan hidupan seni di bawah pembesaran mikroskop sebanyak 100 kali? Persoalan ini terjawab dalam program KIDSCIENCE anjuran Central Research Laboratories (CRL), Fakulti Perubatan di Univesiti Malaya yang diadakan pada 28 Ogos baru baru ini. Eksperimen makmal diadaptasi sesuai dengan kanak kanak sekolah rendah Fasilitator menggunakan lampu UV bagi memastikan keberkesanan cucian tangan kibaran jalur gemilang seusai program Peserta dan fasilitator Program CRL KIDSCIENCE bergambar di akhir program Semua peserta berpeluang melihat hidupan seni yang penting dalam sains kesihatan Seorang peserta teruja mengendalikan tugasan mengenalpasti hidupan seni di bawah mikroskop cahaya Program ini adalah satu inisiatif CRL dalam memupuk minat kanak kanak sekolah kepada STEM khususnya Juga merupakan satu platform pemindahan ilmu dan kepakaran staf UM kepada kanak kanak […]

trending_flat

Potensi Penggunaan Teknologi Nuklear Dalam Industri

Teknologi nuklear memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor sosioekonomi negara, terutamanya dalam sektor perindustrian, kesihatan, makanan dan pertanian, pengurusan air dan perlindungan alam sekitar. Penggunaan sains dan teknologi nuklear secara aman melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti memberi impak yang positif kepada dunia. Malaysia telah mendapat banyak manfaat daripada penggunaan teknologi nuklear secara aman sejak pengenalan mesin sinar-x di Tanah Melayu pada tahun 1897. Sejak itu, penggunaan teknologi nuklear semakin berkembang seiring dengan kemajuan pesat industri negara. Pada masa ini, Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan dan makmal berteraskan sains dan teknologi nuklear yang sebahagiannya telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk sebagai Pusat Kolaboratif Antarabangsa (ICC) Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Pusat Latihan Serantau (RTC) dan Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear Serantau (NSSC) di Asia dan Pasifik. Malaysia mempunyai sebuah reaktor penyelidikan nuklear, iaitu Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) yang beroperasi di Agensi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation