trending_flat

Maritim Malaysia sertai “International Seapower Symposium ke 25” (Iss – 25); Pentas Penting Perkukuh Persefahaman dalam Keselamatan Maritim Antarabangsa

PUTRAJAYA, 23 September - Buat julung kali pada tahun 2023, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijemput menyertai International Seapower Symposium yg ke 25 (ISS-25) anjuran Pejabat Chief of Naval Operations, United States Navy. ISS telah berlangsung dengan jayanya bermula 19 hingga 22 September 2023 di Naval War College, Rhode Island, Newport, Amerika Syarikat. Penganjuran ISS-25 tahun ini telah melibatkan penyertaan ketua-ketua tentera laut daripada 82 negara dan ketua-ketua coastguard daripada 17 negara. Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim yang hadir mewakili Maritim Malaysia berkata, ISS merupakan program yang penting sebagai platform kepada ketua-ketua tentera laut dan coastguard di peringkat antarabangsa untuk mengkaji cabaran semasa dalam bidang keselamatan maritim serta membuka ruang kepada negara-negara terlibat dalam mengukuhkan kesediaan kerjasama. ISS-25 kali ini telah memberi ruang kepada peserta yang mewakili negara-negara maritim untuk berbincang […]

trending_flat

MOSTI akan pastikan Malaysia tidak ketandusan Modal Insan dalam Bidang STI

KALABAKAN, 23 September 2023 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan Malaysia tidak ketandusan ‘talent pool’ atau modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menampung permintaan dalam industri berasaskan teknologi. Berucap di Majlis Perasmian Kembara Sains Borneo Siri Dua Tahun 2023 di Kalabakan, Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, peluang-peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan individu terutamanya anak-anak muda di luar bandar dengan menawarkan pelbagai kerjaya yang luas sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat. “Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan individu dengan menawarkan gaji yang lumayan. Bagi membolehkan anak-anak muda kita merebut peluang-peluang ekonomi dalam bidang STI, ianya bermula daripada penglibatan aktif para pelajar kita dalam bidang STEM.” ujar Arthur Joseph Kurup. Katanya lagi, Kerajaan telah berjaya menarik perhatian syarikat-syarikat gergasi teknologi luar seperti Infineon Technologies AG, Tesla, AWS dan […]

trending_flat

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 - Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menemui dua (2) buah arca hampir lengkap dan prasasti semasa kerja-kerja penyelidikan di Tapak Arkeologi Bukit Choras, Kedah. Menurut JWN menerusi satu siaran media yang diedarkan semalam, tapak tersebut juga telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] pada 28 Disember 2016. Kata JWN, kolabarasi tersebut merupakan projek rintis dalam bidang penyelidikan dan pendidikan susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) antara JWN dengan Universiti Awam yang ditandatangani pada bulan Mac 2023. "Penyelidikan ekskavasi arkeologi ini diketuai oleh Dr. Nasha bin Rodziadi Khaw, Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (PPAG, USM). Penyelidikan Fasa I pada 28 Ogos hingga 12 September 2023 telah mendedahkan separuh daripada struktur […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation