trending_flat

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak mereka yang cuba mengeksploitasi politik perkauman melampau demi mendapatkan kuasa. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mengajak seluruh rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya bersatu padu bagi mempertahankan negara daripada mereka yang sanggup mengorbankan perpaduan dan integrasi nasional akibat ketamakan politik masing-masing. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menekankan bahawa kedangkalan pihak-pihak terbabit dalam menguruskan ekonomi akan merugikan negara. “Seperti yang telah dibuktikan melalui pentadbiran mereka yang gagal di negeri-negeri yang kekal miskin dan terkebelakang sehinggakan bekalan air bersih pun tidak boleh disediakan. “Hanya kerajaan perpaduan dapat menjamin kemakmuran untuk rakyat melalui pengurusan ekonomi yang cekap dan cemerlang,” ujar beliau dalam kenyataan perutusan Hari Malaysia. Guan Eng menegaskan bahawa pihak-pihak terbabit menolak kemajmukan masyarakat Malaysia serta fitrah kerajaan yang inklusif dan berbilang […]

trending_flat

Dua kunci mencapai SSL

Oleh: Prof. Madya Dr. Muhamad Shakirin Mispan Isu bekalan beras negara kembali menjadi perhatian utama dalam landskap krisis makanan global, dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak krisis beras yang melanda dunia pada tahun 2008, kebergantungan tinggi kepada import beras telah menjadi satu masalah yang semakin serius. Dengan lebih daripada 30 peratus keperluan beras Malaysia diimport, negara kini terdedah kepada risiko ketergantungan luar yang berpotensi membawa kepada krisis makanan dalam jangka masa terdekat. Prof. Madya Dr. Muhamad Shakirin Mispan Penting untuk negara ini bertindak segera dan berusaha untuk mencapai 100 peratus kadar mampu diri (SSL) dalam bekalan beras. Untuk mencapai matlamat ini, dua strategi utama ini perlu diambil. Pengurusan padi yang lebih efisien Pengurusan tanah padi negara perlu ditingkatkan secara menyeluruh. Kini, hampir 10 peratus kawasan tanah padi tidak diusahakan sepenuhnya, terutama semasa penanaman luar musim dan di kawasan bukan jelapang. Langkah-langkah […]

trending_flat

Pelaksanaan KBBM memartabatkan barangan Malaysia – Armizan

KOT AKINABALU, 15 September 2023 - Penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat di Negeri Sabah memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan. Ia juga adalah salah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023. Terdapat 20 pempamer yang turut sama dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Sabah dengan produk-produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster yang memperlihatkan keunikan negeri Sabah. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat Kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha bagi memartabatkan barangan Malaysia dikala isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini. "KBBM ini telah […]

trending_flat

Tempoh Cadangan Belanjawan 2024 dilanjutkan sehingga 22 September – MOF

Susulan sambutan yang menggalakkan, Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan untuk memanjangkan tempoh mengumpul maklumbalas berkaitan Belanjawan 2024 melalui portal Cadangan Belanjawan 2024 selama seminggu sehingga 22 September 2023. Di dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, MOF berkata bahawa setakat 13 September 2023, Jelajah Belanjawan 2024 telah melangkaui seluruh pelosok negara melalui 9 Jelajah Negeri yang diterajui oleh Timbalan Menteri I dan II, serta 24 sesi libat urus yang dikendalikan kementerian-kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan. "Sesi tersebut melibatkan penyertaan daripada lebih 7,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan juga orang awam. Pada masa yang sama, MOF telah menerima lebih 9,500 maklumbalas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024. Maklum balas yang diterima melalui semua platform tersebut meliputi bidang-bidang kelestarian ekonomi seperti pemeliharaan persekitaran, ekonomi hijau, tata kelola baik, dan […]

trending_flat

Pembukaan Baru Giant Rawang Akan Mengubah Semula Pengalaman Beli-belah di Malaysia dengan Pelbagai Pilihan dan Harga Terbaik

RAWANG, 15 September 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Puan Hajah Fuziah Binti Salleh hari ini telah menghadiri dan merasmikan Pembukaan Semula Pasar Raya Giant Cawangan Rawang. Giant Malaysia, sebuah nama yang sinonim dengan kualiti, pelbagai pilihan, dan harga terbaik, dengan bangga mengumumkan pembukaan pasar raya terbarunya di Rawang, Selangor. Peristiwa penting ini menandakan langkah pertama dalam program pembesaran ambisius Giant, yang bertujuan untuk menegaskan kedudukannya sebagai peruncit terkemuka di Malaysia. Giant telah lama berkomitmen untuk menyediakan "Pelbagai Pilihan dan Harga Terbaik" kepada masyarakat setempat. Dengan visi untuk meningkatkan komitmen ini, Giant sedang memulakan perjalanan untuk mengubah landskap membeli-belah di Malaysia, menawarkan pengalaman yang lebih mendalam dan memikat kepada pelanggan kami. 50 PASAR RAYA BARU DALAM 5 TAHUN Pembukaan baru pasar raya Giant Rawang hanyalah permulaan. Giant Malaysia telah menetapkan matlamat untuk membuka sehingga […]

trending_flat

Jangan jadikan anak murid sebagai content di media sosial – Teo Nie Ching

Guru-guru dan ibu bapa diseru untuk berfikir secara mendalam sebelum memuat naik gambar atau video anak-anak ke media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, beliau menyokong kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang melarang guru-guru menjadikan anak murid sebagai ‘content’ di media sosial. “Memang pada zaman sekarang semua orang ada akaun media sosial, tetapi itu tidak bermaksud bahawa kita boleh ataupun perlu berkongsi apa-apa sahaja informasi dalam media sosial kita. “Kita perlu ingat bahawa murid-murid, pelajar-pelajar adalah golongan kanak-kanak yang belum mencapai umur dewasa,” katanya menerusi satu video pendek di laman sosial TikToknya. Jelasnya, informasi-informasi berkaitan anak murid ini adalah sangat-sangat sensitif dan kita sebagai orang dewasa perlu menjadi penjaga dan penyelamat kepada anak-anak bangsa. Baru-baru ini media melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam […]

trending_flat

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:  Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan1.Beaute Treatment CreamHydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate2.Beaute Nite CreamMerkuri dan Betamethasone 17-Valerate  Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL  Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation