Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia teroka Keunikan Produk Pelancongan Luar Bandar di Sabah
KOTA KINABALU, 2 Oktober 2023 - Seramai 16 wakil media terdiri daripada agensi media cetak, elektronik dan media baharu menyertai Program Xpresi Cuti-Cuti Malaysia Sabah 2023 anjuran Tourism Malaysia selama lima hari empat malam (5H4M) bermula 25 September 2023 bagi mengetengahkan keunikan produk pelancongan luar bandar di Negeri Di Bawah Bayu. Program bertujuan meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik secara dalam dan luar talian sekali gus mengoptimumkan komunikasi strategik menerusi penglibatan media. Edisi kali ini membawa para peserta meneroka produk-produk berteraskan pengalaman pelancongan, alam semula jadi, agropelancongan dan gastronomi di sekitar daerah Beaufort, Kuala Penyu, Tenom, Keningau dan Kota Kinabalu. Para peserta memulakan eksplorasi di Beaufort dengan menelusuri Sungai Klias tatkala matahari terbenam bagi melihat keunikan monyet Proboscis di sepanjang persisiran paya bakau selain menyaksikan keindahan panorama cahaya kerlipan kelip-kelip pada waktu malam. Keesokan harinya, peserta dibawa melawat Pantai Sawangan sebelum […]