Jalinan Industri-Akademia, hasilkan Graduan Relevan Industri
KUANTAN, 7 Oktober 2023 - Keterlibatan pihak industri dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) menjadikan program yang ditawarkan terus relevan seiring dengankeperluan semasa di industri. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, penglibatan pihak industri adalah sangat tinggi yang mana sehingga kini, lebih 14,000 buah industri terlibat membantu POLYCC dan 2,000 daripadanya adalah berstatus sangat aktif. “Peranan industri dapat dilihat melalui pelantikan Industry Advisory Council (IAC), pembangunan kurikulum, penubuhan Industry on Campus (IOC) dan sebagainya. Hasilnya, para pelajar POLYCC menjadi rebutan majikan”, katanya pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Ke-44 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.baru-baru ini. Tambah beliau lagi, ini dibuktikan dengan pencapaian kebolehpasaran graduan POLYCC untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut adalah melebihi 90%. Malahan […]