trending_flat

BAJET 2024 : Maritim Malaysia Zahirkan Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Perdana Menteri Umum Sembilan Kapal Peronda Generasi Baharu

PUTRAJAYA, 13 Oktober 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim kerana telah mengumumkan penambahan sebanyak sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas kepada agensi ini ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen Malaysia hari ini. Aset yang bakal ditambah ini merupakan usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan sempadan dan perairan negara bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa. Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, pengumuman berkenaan adalah hasil usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail yang memberikan justifikasi yang kukuh tentang keperluan mendesak agensi ini kepada pihak kerajaan seterusnya mengumumkan perancangan perolehan berkenaan pada hari ini. Beliau dalam pada […]

trending_flat

Program pelepasan benih ikan serentak seluruh Malaysia cipta rekod baharu, DOF terima sijil Malaysia Book Of Records

PUTRAJAYA 13 Oktober 2023 - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menerima sijil dari Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi “Largest Simultaneous Fish Fry Restocking Event” susulan dari program pelepasan sebanyak 1.1 juta benih ikan asli serentak seluruh Malaysia yang diadakan di 14 lokasi terpilih. Menurut DOF dalam satu siaran media hari ini, program pelepasan benih ikan ke perairan umum dijalankan sebagai salah satu usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan )KPKM) melalui DOF untuk menguruskan sumber perikanan darat di Malaysia. Kata DOF, program tersebut juga dapat menambah stok perikanan seterusnya meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti. Benih ikan yang dilepaskan adalah Kelah, Lampam Sungai, Temoleh, Terbul dan Udang galah. Program tersebut adalah kerjasama antara DOF, Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan PertanianSarawak dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak. Majlis pelepasan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali di Tepian Tasik […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation