trending_flat

Dialog agama kunci kemajmukan Malaysia MADANI

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Perbahasan yang dikemukakan oleh penulis ini adalah sebahagian kecil daripada pengalaman, pemerhatian dan penglibatan penulis dalam kajian-kajian hubungan antara agama yang telah dilaksanakan dengan mengambil kira isu-isu yang berlaku sekitar tahun 1980an hingga sekarang. Penulis mendapati bahawa isu-isu hubungan antara agama dan kaum tidak pernah reda, walaupun tahun 2023 ini merupakan tahun ke 66 Malaysia menyambut kemerdekaanya. Tetapi realitinya segelintir masyarakat Malaysia masih belum merdeka pemikirannya dalam kerangka bernegara di mana Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama dan bangsa dan sudah pasti sebarang permasalahan harus diurus dengan hikmah dan matang serta bukan berlandaskan emosi dan perasaan. Tambahan lagi isu-isu antara agama mahupun kaum dan bangsa juga kerap dijadikan bahan kempen politik bagi sesetengah ahli parti politik untuk menarik sokongan terutama kepada masyarakat beragama Islam dan berbangsa Melayu. Maka sudah pasti kadang kala ianya seperti mencurah […]

trending_flat

Terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan, jumlah jangkaan pelaburan RM105.3 billion

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2023 - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz memaklumkan bahawa setakat 31 Ogos 2023, terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan (pipeline) dengan jumlah jangkaan pelaburan baharu sebanyak RM105.3 bilion di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Kata Zafrul ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Jelebu di Dewan Rakyat hari ini, daripada jumlah tersebut, jangkaan pelaburan langsung asing (FDI) adalah sebanyak RM89.5 bilion, manakala pelaburan langsung domestik (DDI) adalah sebanyak RM15.8 bilion. Katanya. jumlah pelaburan itu merangkumi projek-projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM73.6 bilion yang melibatkan 53 cadangan projek serta 931 cadangan projek dalam sektor perkhidmatan di bawah seliaan MIDA dengan cadangan pelaburan sebanyak RM31.7 bilion. "Pelaburan yang masuk ke semua negeri dapat dilihat melalui projek pelaburan yang telah berjaya diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama […]

trending_flat

Amalan berjimat-cermat perlu dijadikan budaya dalam kalangan penjawat awam – Anwar

16 Oktober 2023 - Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata bahawa Kerajaan bersedia mendengar ulasan dan pandangan berkenaan Belanjawan 2024 yang telah dibentang minggu lepas. Dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata ketika hadir dalam pertemuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, intipati belanjawan tersebut perlu ditelaah semua pihak termasuk sektor swasta. "Dalam amanat hari ini yang terkait Belanjawan 2024, saya nyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan yang terbuka mendengar pelbagai ulasan dan pandangan usai pembentangan di Dewan Rakyat Jumaat lalu dan sedia membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dilontarkan. Intipati belanjawan ini perlu ditelaah semua pihak, antaranya sektor swasta yang perlu menyambut isyarat daripada kerajaan dengan melaksanakan agihan keuntungan yang lebih adil kepada kakitangan menerusi peningkatan upah dan ganjaran, khususnya syarikat dan konglomerat yang mencatat untung jutaan ringgit setiap tahun." katanya. Anwar turut menasihatkan supaya […]

trending_flat

foodpanda memperjuangkan pencegahan pembaziran makanan pada Hari Makanan Sedunia

KUALA LUMPUR, 16 Oktober, 2023 - pandamart, kedai runcit foodpanda yang menawarkan kemudahan penghantaran barangan runcit terus ke pintu rumah dalam masa satu jam, telah membuat sumbangan bermakna untuk memerangi pembaziran makanan dan menyokong masyarakat terpinggir melalui inisiatif sumbangan lebihan makanan. Dalam usaha berdedikasi untuk mengurangkan pembaziran makanan, pandamart telah bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen. Shintaro Matsuno, Head of pandamart handing over a basket of surplus fresh produce and dry goods to Anankumar A/L Subramaniam, driver at Food Aid Foundation. Shintaro Matsuno, Head of pandamart handing over a basket of surplus fresh produce and dry goods to Anankumar A/L Subramaniam, driver at Food Aid Foundation at thepandamart outlet in Mont Kiara. Dalam kerjasama dengan kedua-dua NGO itu sejak Februari tahun ini, pandamart komited untuk menangani isu lebihan dan pembaziran makanan, dengan menderma sejumlah 6,676 kg makanan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation