trending_flat

Lebih 500 Sukarelawan JPPKK Turun Padang Program CSR RAHMAH TAMBUN 2023

IPOH, 21 Oktober 2023 - Lebih 500 sukarelawan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) terdiri daripada para peserta Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023 dan kakitangan Politeknik Ungku Omar telah turun padang menggerakkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Rahmah Tambun dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bermula 19 Oktober sehingga 21 Oktober 2023. Program CSR Rahmah Tambun 2023 melibatkan program khidmat masyarakat di enam lokasi di dalam daerah Tambun iaitu Masjid Jamek Al-Taufiqah Taman Klebang Jaya, Perkampungan Orang Asli Kampung Tonggang dan Kampung Sungai Badok, Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 7. Aktiviti CSR Rahmah Tambun turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuklah YADIM, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta, Perak, […]

trending_flat

Perjuangan minda umat Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis

Oleh: Ainul Asyraf Lokman, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor Israel telah digemparkan dengan serangan daripada gerakan pembebasan Palestin, Hamas melalui Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan sejak 7 Oktober yang lalu. Israel kemudian bertindak balas dengan mengebom semenanjung Gaza dalam skala yang amat besar. Peperangan ini merupakan peperangan yang terbesar semenjak kali terakhir peperangan Arab-Israel. Operasi Taufan al-Aqsa ini dilancarkan bertitik tolak dari pencerobohan dan penghinaan terhadap masjid al-Aqsa. Namun mengapa operasi ini tidak dinamakan Taufan Palestin ? Hal ini kerana isu yang menyatukan umat Islam ialah Baitul Maqdis itu sendiri yang signifikan terhadap umat Islam. Dari aspek sejarah, Baitul Maqdis dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Dalam konteks semasa, Baitul Maqdis telah jatuh dalam kawalan Israel. Sehingga kini, sudah lebih 100 tahun Baitul Maqdis dijajah namun umat Islam masih belum mampu untuk membebaskannya. Jadi, timbul […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation