trending_flat

Kenaikan cukai perkhidmatan 8 peratus boleh cetus kebimbangan

Oleh: Prof Madya Dr. Anna Azriati Che Azmi Kerajaan baru-baru ini bercadang untuk meningkatkan kadar cukai perkhidmatan ke 8% dari 6% sambil memperkenalkan pengecualian untuk beberapa industri tertentu untuk kenaikan kadar cukai ini. Namun, perubahan terbaru dalam kenaikan cukai perkhidmatan dan pengecualian kenaikan kadar ini untuk industri tertentu, akan menimbulkan masalah lain. Prof Madya Dr. Anna Azriati Che Azmi Tujuan utama kenaikan cukai perkhidmatan adalah tidak begitu jelas. Sekiranya matlamat kenaikan kadar cukai perkhidmatan adalah untuk tujuan memberi hasil kepada negara, memberikan pengeculian kadar cukai perkhidmatan adalah langkah yang kurang tepat. Kos pemunggutan cukai akan meningkat kerana menambah pengecualian kepada beberapa industri tertentu dan akan menjadikan sistem cukai perkhidmatan menjadi rumit. Mungkin kadar yang rendah untuk industri tertentu bertujuan untuk memperbaiki kesan daripada kenaikan cukai perkhidmatan terhadap pengguna. Walaubagaimanapun, kesan ini boleh secara tidak sengaja merosakkan matlamat utama penghasilan pendapatan […]

trending_flat

Meneladani Khairul Anam demi mengukuh iman kepada Allah SWT

Oleh: Rusli Abdul Roni Rabiul Awal yang baru sahaja meninggalkan kita adalah bulan yang sinonim dengan peluang menyemak, mengulangkaji, dan menonjolkan semula keteladanan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam seluruh sistem kehidupan insan. Meneladani Nabi Muhammad SAW merupakan prinsip utama dalam hidup seorang muslim. Bagi seorang muslim, Baginda Rasulullah SAW ibarat jarum kompas yang akan menunjuk arah yang tepat dan laluan yang jitu. Jika ditelusuri dengan lebih halus, sekurang-kurangnya ada tiga alasan penting mengapa meneladani Rasulullah SAW sangat ditekankan dan banyak dibincangkan, khususnya pada musim dan sempena sambutan hari keputeraan atau Maulid Baginda Nabi Muhammad SAW yang diraikan setiap tahun. Rusli Abdul Roni Alasan dan sebab yang pertama adalah, meneladani Nabi SAW sebagai tanda iman kepada Allah SWT, al-Quran, dan kerasulan Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Seseorang muslim sejati hanya dianggap beriman secara sempurna apabila dia menjadikan Nabi SAW sebagai ikutan […]

trending_flat

Festival Warisan Kebangsaan Orang Hidup 2023

22 Oktober 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui agensinya Jabatan Warisan Negara (JWN), menganjurkan Festival Warisan Kebangsaan Orang Hidup yang julung kali diadakan dengan kerjasama strategikKerajaan Negeri Pulau Pinang. Festival ini diadakan bersempena dengan Festival Merakyatkan Seni Budaya: Warisan Akar Umbi. Festival dua hari yang bemula semalam ini diadakan di sepanjang Jalan Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang, memperkenalkan tokoh-tokoh dalam bidang seni, budaya dan warisan yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Sehingga tahun 2023, JWN telah mengisytiharkan seramai 27 penggiat seni dalam pelbagai bidang warisan kebudayaan tidak ketara sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) termasuklah dalam bidang bangsawan, cerita rakyat, tarian, muzik, teater, seni halus dan kraf. Ini selaras dengan Seksyen 67 (1) Akta 645 yang mana Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya boleh mengisytiharkan mana-mana orang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation