trending_flat

Ugut PM dan DIG, dua pengguna media sosial ditangkap

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2023 - Dua lelaki warga tempatan telah ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Dalam satu siaran media hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata tangkapan pertama dibuat terhadap pemilik / pengendali akaun Facebook Nekad Hikers Ventures berumur dalam lingkungan 51 tahun pada 27 oktober 2023 di Bandar Baru Bangi, Selangor. Tangkapan kedua pula dibuat ke atas pemilik / pengendali akaun Facebook Jgad Zruu berumur 27 tahun pada 27 oktober 2023 di Bukit Mertajam, P. Pinang. Kata Mohd Suhaily lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama […]

trending_flat

KBS bantu perkasakan Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT)

28 Oktober 2023 - Susulan isu gimnas wanita Terengganu yang dilarang menyertai Temasya Sukan Malaysia disebabkan oleh garis panduan pakaian sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Mesyuarat Bersama Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) pada 26 Oktober lepas. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Presiden Persatuan Abdul Razak Mat Amin serta Ahli Jawatankuasa Persatuan dan ibu bapa atlet Gimnastik. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan hari ini, pada masa ini gimnas wanita Terengganu memakai ‘unitard’ penuh badan. Peraturan Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) membenarkan pemakaian yang menutup anggota tubuh badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki. "Pakaian 'unitard' ini telah dipakai oleh ramai gimnas termasuk pasukan Gimnastik wanita Jerman di Sukan Olimpik Tokyo. Malah bekas gimnas negara Izzah Amzan juga telah memakai 'unitard' semasa penyertaan di Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham dan telah memenangi pingat untuk […]

trending_flat

Syarikat, empat pengarah didakwa terlibat pengubahan wang haram

PUTRAJAYA, 28 OKTOBER 2023 – Sebuah syarikat bersama empat (4) orang pengarahnya, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang pada 18 Oktober 2023 yang lalu atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah melibatkan nilai keseluruhan RM20.3 juta di antara Januari 2019 sehingga Disember 2022. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini, sebanyak keseluruhan 94 pertuduhan telah dibacakan terhadap tertuduh-tertuduh. Katanya, Syarikat Quinton Group Sdn. Bhd. bersama empat (4) orang pengarahnya iaitu Tan Kwong Yeow berumur 35 tahun, Ooi Chuen Chie berumur 35 tahun, Lim Shing Yee berumur 31 tahun dan Seow Ming Cjoy berumur 32 tahun merekodkan pengakuan tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Tuan Mazdi bin Abdul Hamid. "Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Puan Noor Zalizan binti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation