trending_flat

KPM pandang serius isu buli, telah laksanakan beberapa langkah atasinya

KUALA LUMPUR, 1 November 2023 - Bagi menangani isu buli yang melibatkan murid sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), beberapa langkah telah diambil. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Yin ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Balik Pulau di Dewan Rakyat hari ini, antara usaha yang diambil bagi memastikan gejala itu ditangani adalah seperti yang berikut: KPM telah melancarkan tujuh teras Nadi Keunggulan KPM. Menerusi teras dua Nadi Keunggulan KPM, KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik dengan mewujudkan suasana harmoni yang menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme;  KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. Program Sekolah Selamat dilaksanakan di semua sekolah seluruh negara. Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat agar […]

trending_flat

Kerajaan tidak akan tambat ringgit

KUALA LUMPUR, 1 November 2023 - Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit dan langkah seiringnya iaitu kawalan pertukaran mata wang asing yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 kerana ia bukan merupakan penyelesaian yang tepat untuk cabaran yang dihadapi pada masa ini. Menurut Timbalan Menteri Kewangan 2, Steven Sim di Dewan Rakyat hari ini, sebab pertama adalah ekonomi dan sistem kewangan Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik pada masa kini untuk menghadapi turun naikpasaran kewangan global dan pergerakan kadar pertukaran. "Keduanya, Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit. Contohnya, jika ringgit ditambat dengan dolar AS, kita perlu menaikkan kadar faedah selari dengan kadar faedah di AS. Tindakan ini akan memberi tekanan kepada kos pembiayaan yang lebih tinggi kepada rakyat. Ketiga, bagi mengekalkan tambatan, kita […]

trending_flat

Pertimbangan maslahah dan mafsadah dalam isu boikot

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Boikot adalah tindakan tidak membeli barangan atau perkhidmatan bagi menyatakan bantahan atau kemarahan terhadap sesuatu pihak atau sesuatu perkara. Ia didorong oleh pelbagai faktor, misalnya isu agama, politik, etika, alam sekitar dan sosial. Di Malaysia, seruan boikot biasanya dilaungkan apabila ada sesuatu isu yang sensitif, khususnya melibatkan agama Islam dan umat Islam. Umpamanya boikot produk Sweden dilaungkan apabila ada penghinaan terhadap Rasulullah dan al-Quran, boikot terhadap produk orang bukan Islam (BMF) dikumandangkan apabila ada penghinaan terhadap Islam dan tulisan jawi, dan boikot terhadap produk Israel atau sekutunya diserukan apabila berlaku serangan pengganas Israel ke atas penduduk Palestin. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Kini, apabila berlaku serangan tentera Israel ke atas Palestin, kempen boikot kembali bergema. Banyak pihak yang melancarkan kempen boikot beserta dengan satu senarai panjang produk dan perkhidmatan telah dikeluarkan dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation