trending_flat

Eksesais Maritim Perkasa Timur Berjaya Tingkat Kompetensi dan Keupayaan Maritim Malaysia

KUCHING, 4 November 2023 – 14 buah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya melaksanakan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2023 setelah mengharungi lima hari pelayaran dengan merentasi jarak 850 batu nautika di Laut China Selatan. Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, sepanjang pelayaran, pegawai dan anggota telah menjalani beberapa siri latihan seperti navigasi, deck landing training, sistem komunikasi, penggeledahan, mengawal kebanjiran dan melawan api serta tembakan di laut. Jelas beliau, kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden mempamerkan sikap profesionalisme, keupayaan dan tahap kompetensi warga Maritim Malaysia dalam memikul tanggungjawab selaku penguatkuasa maritim negara. [aiovg_video id=52158] Datuk Hamid turut berkata, eksesais ini telah mencapai tujuannya apabila keberadaan aset - aset Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan telah dirasai. Ini dibuktikan apabila Bot Nelayan Asing (BNA) yang menceroboh masuk […]

trending_flat

KEMAS catat dua rekod Malaysia Book of Records

SHAH ALAM, 3 November – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) cipta 2 Malaysia Book of Records di Hari POTENSI KEMAS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor bermula semalam. Program Arkitek Cilik KEMAS bersama Agola mencipta rekod “Largest Children Participation In A Building Block Event” dengan melibatkan 3,000 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS manakala Selawat Perdana mencipta rekod “Largest Children Participation In A Selawat Recital” dengan penglibatan 2,000 kanak-kanak TABIKA KEMAS. Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan kali ke-18 dengan tema 'Mencorak Sahsiah Generasi Era Digital Merentas Seni' bertujuan mencungkil bakat dan minat, memupuk nilai murni, membentuk keyakinan diri, kreativiti dan estetika serta menghargai warisan budaya dalam kalangan kanak-kanak selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Awal Kanak-Kanak terus diberi perhatian kerajaan menerusi belanjawan 2024, apabila sebanyak RM586 juta akan diperuntukkan […]

trending_flat

Jenama ReDI akan terus diperluaskan

LANGKAWI, 4 November 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah melepaskan (flag off) peserta-peserta Program Retail Digitalisation Initiative - ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital yang diadakan di ruang legar PARKROYAL Langkawi Resort, Pulau Langkawi, Kedah hari ini. Foto-foto kredit UKK KPDN Menurut Fuziah menerusi satu siaran media, program tersebut adalah merupakan kesinambungan kepada siri program-program ReDI yang terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2021 bertujuan untuk menggalakkan digitalisasi di kalangan peniaga dan pengguna di Malaysia. Katanya lagi, ia juga adalah selari dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan berdaya saing. "Bagi tempoh Januari sehingga 30 September 2023, Program ReDI telah berjaya mendaftarkan (onboarding) sejumlah 4,898 peniaga di bawah kaedah pembayaran elektronik (e-wallet). […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation