Wahai lelaki, periksalah awal
Oleh: Dr. Nur Adila Mokhtar Masalah kesihatan kaum lelaki di Malaysia secara umumnya berada pada tahap yang membimbangkan. Jika keadaan ini berterusan, ia akan menjadi punca utama kepada peningkatan kadar kematian yang tinggi di Malaysia. Berdasarkan laporan statistik pada tahun 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti angka kematian adalah terdiri daripada kaum lelaki iaitu sebanyak 117,790 orang (57 peratus). Dr. Nur Adila Mokhtar Antara punca utama kematian yang dikenal pasti dalam kalangan lelaki adalah masalah-masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kanser yang sering berkait rapat dengan cara pemakanan, gaya hidup, genetik dan juga psikologi individu itu sendiri. Tidak lupa juga tahap kesihatan mental dalam kalangan kaum lelaki yang semakin merundum yang perlu segera dibendung. Depresi dan tekanan perasaan yang berpunca daripada desakan dan tekanan dari tempat kerja dan norma budaya yang meletakkan stigma negatif terhadap penyakit mental […]