trending_flat

10 Orang Pegawai Penguat Kuasa Maritim dinaikkan ke Pangkat Kepten

PUTRAJAYA, 21 November - Seramai 10 orang pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kenaikan pangkat daripada Komander Maritim kepada Kepten Maritim gred T22 hari ini. Satu majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin di Ibu Pejabat Maritim Malaysia. Masing-masing pegawai yang menerima kenaikan pangkat berkenaan akan mengisi kekosongan jawatan di peringkat ibu pejabat, negeri dan zon maritim. Antaranya ialah Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, daripada Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), akan mengisi jawatan sebagai Pengarah Maritim Negeri Selangor. Daripada 10 orang pegawai berkenaan, dua daripadanya merupakan penerbang iaitu Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan yang merupakan Ketua Skuadron Helikopter AW139, Stesen Udara Maritim Subang akan ditempatkan mengisi jawatan sebagai Ketua Stesen Udara Maritim Subang. Manakala seorang lagi penerbang, Kepten Maritim Mohammad Al-Amin […]

trending_flat

Kaji impak penetapan gaji minimum pekerja terhadap peningkatan produktiviti

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Konsep gaji minimum merupakan satu elemen yang melibatkan keadilan sosial bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan kuasa membeli golongan miskin melalui kaedah peningkatan kadar gaji. Penetapan gaji minimum adalah suatu topik yang sering menjadi perhatian dunia sama ada dalam bidang politik mahu pun akademik. Perdebatan berkaitan jumlah gaji minimum di Malaysia telah pun bermula semenjak awal tahun 1940-an. Namun begitu, perlaksanaan gaji minimum hanya dapat dilaksanakan di Malaysia buat pertama kalinya pada 1 Januari 2013 dengan nilai RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di wilayah Sabah dan Sarawak, setelah digazetkan pada 16 Julai 2012. Dr. Nurul Ashikin Alias Terkini, jumlah penetapan gaji minimum sebanyak RM1500 di dalam pasaran buruh telah pun dilaksanakan di semua sektor sama ada kerajaan atau swasta. Majikan yang mempunyai bilangan pekerja kurang dari lima orang juga wajib untuk menetapkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation