trending_flat

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November - Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin sejak beliau dilantik memegang jawatan berkenaan pada 6 November lalu diteruskan bagi merapatkan kerjasama dua hala menerusi agensi-agensi di rantau ASEAN dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terbaharu Datuk Hamid telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN serta Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi di sini semalam. Pertemuan di antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN. Pertemuan di antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi Antara perwakilan lain yang turut melakukan kunjungan hormat sama ialah Timbalan […]

trending_flat

JSPT kekal komited jalankan fungsi dan peranan dalam aspek penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan jalan raya – KPN

Sumber : FB Rasmi PDRM Kuala Lumpur, 23 November 2023 – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kekal komited menjalankan fungsi dan peranan utamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan jalan raya serta terus konsisten melaksanakan penguatkuasaan selari dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, menerusi Pelan yang dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan tersebut, pelbagai kementerian serta agensi yang berkepentingan, termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama merencana perancangan strategik dan langkah intervensi sekali gus mencapai hasrat ke arah sifar kematian akibat kemalangan di negara ini. “JSPT telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Op Perdagangan secara berterusan ke atas kenderaan-kenderaan berat bagi memastikan pemandu dan pengusaha syarikat pengangkutan, mematuhi peraturan serta undang-undang keselamatan jalan raya. “Dari Januari hingga Oktober 2023, JSPT telah melaksanakan sebanyak 1,078 Op Perdagangan berbanding 797 operasi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation