trending_flat

Luruan monsun dijangka berlaku sehingga 27 Disember

Menurut Laporan Harian Bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga 25 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (14) daerah di lima (5) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 5,018 dalam tempoh 24 jam (berbanding 1,741 mangsa pada 24 Disember 2023). Ia melibatkan 1,361 keluarga yang ditempatkan di 77 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Manakala jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 21 buah pada 24 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (1,174 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (1,157 mangsa) dan Tanah Merah, Kelantan (733 mangsa). Terdapat dua (2) kematian akibat banjir MTL yang melibatkan satu (1) kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023) dan satu (1) kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) direkodkan […]

trending_flat

Maritim Malaysia rampas 400 liter minyak petrol

𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝟮𝟱 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 20 tong berjaya dirampas oleh Zon Maritim Sandakan selepas ia dibuang ke laut ketika aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan dua buah bot pancung disyaki penyeludup di sini, petang semalam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan dua bot pancung berada dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 3.10 petang di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai. Pihak Maritim Malaysia telah mengarahkan bot suspek berhenti untuk diperiksa namun bot suspek tidak memberikan kerjasama malah bertindak memecut laju bot. Suspek turut membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut sebelum melarikan diri menuju ke perairan cetek dan berbatu dalam usaha meloloskan diri dari ditahan oleh penguat kuasa. Kesemua tong minyak seterusnya […]

trending_flat

Rukun Negara bukan sekadar ikrar di bibir

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Binti Ali@ Mat Zin Rukun Negara nadi pendidikan rakyat Malaysia. Setiap warga Malaysia pasti melafazkan ikrar Rukun Negara ini seminggu sekali dalam perhimpunan mingguan di peringkat sekolah. Apabila tamat pengajian di peringkat rendah dan menengah tiada lagi rutin ucapan ikrar tersebut. Soalan yang timbul, adakah ikrar yang diucapkan hanya di bibir dan tiada kesan di hati sehingga melanggar rukun kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan rukun yang kelima; kesopanan dan tata susila? Rukun kelima merupakan teras keharmonian hidup sesama rakyat yang pelbagai bangsa, agama, fahaman politik, status ekonomi dan sosial. Prof. Madya Dr. Aizan Binti Ali@ Mat Zin Jika ditelusuri sejarah negara Malaysia, Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 selepas tragedi 13 Mei 1969 dengan tujuan memupuk perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun Rukun Negara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation