trending_flat

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2023 (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM42.43 bilion daripada RM45.31 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM27.79 bilion daripada RM25.80 bilion. Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil-Bil Antara Bank Bank Negara. BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan. Selain itu, BNM turut menyemak semula tender Murabahah semalaman daripada RM25.8 bilion kepada RM27.8 bilion. Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM42.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM27.80 bilion, kedua-duanya bagi wang […]

trending_flat

KDN gerakkan agensi dan aset hadapi banjir

Susulan hujan berterusan di beberapa negeri dan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, anggota dan aset-aset Jabatan/Agensi pengurusan banjir di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kawasan terjejas telah digerakkan. Menurut KDN, tugas dan tanggungjawabnya diketuai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah berpandukan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara). "Gerak kerja PDRM turut dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Sehingga kini, sejumlah 647 anggota PDRM dan 154 petugas RELA telah diatur gerak dengan kekuatan aset sebanyak 35 buah bot, 29 buah lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda. Kekuatan anggota dan aset akan di tambah berdasarkan situasi bencana." kata KDN. KDN turut menasihatkan kepada seluruh rakyat yang berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, […]

trending_flat

Noraini lawat mangsa banjir di Kemaman

KEMAMAN, 27 Disember 2023 - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini melakukan lawatan kerja ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kemaman untuk memantau keadaan dan pengurusan mangsa banjir yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di PPS tersebut. Antara PPS yang sempat dilawati adalah di Dewan Sivik Air Putih yang menempatkan 178 mangsa banjir daripada 45 buah keluarga, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas Air Putih yang menempatkan 45 Keluarga dengan jumlah 170 mangsa banjir dan PPS Surau Paya Mempuyu yang menempatkan 18 Keluarga terdiri daripada 71 orang mangsa. Noraini berkesempatan menyantuni mangsa banjir dan meninjau keperluan- keperluan yang disediakan di PPS. Menurut KPWKM, JKM bertanggungjawab menyedia dan menyelenggara PPS, menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa, menjalankan pendaftaran mangsa bagi maksud pemulihan […]

trending_flat

Isu Stesen Petronas kehabisan stok diesel telah selesai – Armizan

Susulan laporan media baru-baru ini berkaitan pengumuman oleh Petronas bahawa beberapa stesen minyaknya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata isu tersebut telah selesai. Kata Armizan, isu tersebut telah diselesaikan melalui kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan (MOF) dan Petronas sendiri. "Petronas akan membuat penghantaran bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Petronas juga telah disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesyen-stesyen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh." jelas Armizan. Tambah beliau, Petronas telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit.

trending_flat

Mangsa banjir meningkat ke 25,849 setakat jam 12 tengah hari 27 Disember 2023

Menurut laporan harian bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga 27 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 19 daerah di 6 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangordan Sabah) yang dilanda banjir dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 25,849 dalam tempoh 24 jam (berbanding 25,351 mangsa pada 26 Disember 2023). Kata laporan tersebut, ia melibatkan 7,983 keluarga yang ditempatkan di 185 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 241 buah pada 26 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (13,844 mangsa), diikuti Hulu Terengganu, Terengganu (2,846 mangsa) dan Dungun, Terengganu (2,829 mangsa)."katanya. Terdapat 3 kematian akibat banjir MTL yang melibatkan 1 kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023), 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) dan 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan […]

trending_flat

Gunakan media sosial memartabat Bahasa Melayu

Oleh: Dr. Amir Rashad Mustaffa Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bahasa, menghadapi cabaran yang semakin ketara, iaitu kemerosotan taraf penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan, semakin terpinggir dalam kehidupan harian, terutamanya dalam kalangan golongan muda, lagi-lagi mereka yang menetap di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Fenomena ini mengejutkan dan memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak untuk menangani isu ini sebelum ia menjadi lebih berat dan berleluasa. Dr. Amir Rashad Mustaffa Tempoh hari, seluruh negara terkesima dengan adanya warganegara Malaysia yang langsung tidak berkebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu apabila ditanya soalan semasa membaharui pasportnya. Susulan itu, individu-individu yang sama sepertinya dalam kegagalan menguasai Bahasa Melayu bersuara dan turut terdedah di media sosial. Perkara ini sangat memalukan dan membimbangkan kerana Bahasa Melayu memiliki peranan penting dalam membentuk identiti negara, dan kegagalan […]

trending_flat

Banjir Landa Dua Lagi Negeri, 28,310 Mangsa Seluruh Negara Setakat 6 Pagi – NADMA

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam. Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS. Selangor kekal dengan empat mangsa yang ditempatkan di PPS daerah Kuala Langat, manakala dua […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation