trending_flat

Perlunya kerangka pengurusan risiko untuk IPT

Oleh: Dr. Azleen Ilias Pengurusan risiko dan kawalan dalaman penting adalah di dalam sektor swasta kerana sektor ini diperlukan untuk memelihara keuntungan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, pengurusan risiko tidak terkecuali dalam sektor awam. Kerajaan perlu memberi penekanan kepada pengurangan risiko yang dihadapinya seperti penipuan, salah guna kuasa, dan kesilapan dalam membuat keputusan yang tidak mengikut kehendak kerajaan atau sektor awam. Dr. Azleen Ilias Konteks pengurusan risiko adalah amat luas dan tentunya boleh digunakan dalam industri pendidikan. Terdapat lima risiko teratas iaitu keselamatan siber dan tadbir urus maklumat, pengalaman pelajar, pengambilan pelajar, kesihatan mental, dan kemampanan kewangan. IPT di Malaysia pasti menghadapi risiko ketika menjalankan aktiviti institusi mereka dan mencapai matlamat strategik mereka. Terdapat inisiatif Green Book dari Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi tumpuan kepada peranan lembaga pengarah dan pengurusan risiko. Ia berdasarkan Program Transformasi Universiti. Ia juga menunjukkan bahawa hanya […]

trending_flat

KPN, Timbalan KPN Penuhi Undangan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Sumber : Facebook Rasmi PDRM Cheras, 10 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi hadir memenuhi undangan ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan dekat Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Program yang dianjurkan bersempena setahun usia pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 Disember lalu dan secara rasmi melabuhkan tirainya pada hari ini dengan disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antara objektif penganjuran program tersebut ialah bagi mendekatkan lagi Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dengan rakyat, disamping memaklumkan secara terus kejayaan-kejayaan yang telah ditempa oleh negara sepanjang setahun pimpinan Kerajaan MADANI. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Kementerian Dalam Negeri juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program tersebut dengan membuka ruang pameran dan kaunter diskaun saman […]

trending_flat

MOTAC kemaskini Senarai Amaran Entiti Yang Telah Melanggar Akta 482

PUTRAJAYA, 7 Disember 2023 - Tindakan wajar akan diambil mengenai insiden penipuan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusan jemaah yang mengerjakan umrah. Perkara tersebut ditegaskan sekali lagi oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan semalam. "Sebagai langkah pencegahan insiden penipuan pakej umrah, MOTAC akan memberi perhatian dalam bekerjasama dengan persatuan-persatuan umrah yang diikitiraf iaitu BUMITRA, MATTA dan PAPUH untuk melaksanakan penggredan kepada syarikat-syarikat umrah yang dilesenkan mulai tahun 2024. Tujuan penggredan tersebut adalah bagi memastikan syarikat-syarikat yang berlesen untuk memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Antaranya syarat berkenaan ialah mempunyai status kewangan baik, telah menempah tiket penerbangan dan bilik penginapan terlebih dahulu sebelum mengiklankan promosi, mengadakan perjanjian bertulis dengan setiap jemaah dan lain-lain lagi yang akan diumumkan sebaik sahaja mekanisme pelaksanaan dimuktamadkan dalam masa terdekat." kata MOTAC. Tanggungjawab utama MOTAC adalah sentiasa melaksanakan fungsi-fungsi pelesenan dan penguatkuasaan kepada industri pelancongan […]

trending_flat

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4 Dengan Nafas Baru

Puchong, 7 Disember 2023 - Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim keempat dengan nafas baru untuk terus memberi penghormatan kepada bakat indie terbaik dalam industri muzik Malaysia.  Demi meneruskan agenda mengangkat martabat dan karya penulis lagu, pemuzik serta penyanyi indie tanah air sejak 2020, ALI tahun ini membawa beberapa kelainan iaitu dengan memperkenalkan kategori-kategori lagu terbaik di bawah tiga kategori genre iaitu Pop, HipHop, dan Rock, format pemarkahan yang melibatkan undian awam, serta peningkatan tawaran hadiah wang tunai daripada RM 16,000 pada musim lalu kepada RM 36,000.  Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9 berkata, “Rakita 107.9 akan terus kekal menjadi tulang belakang ALI dalam memperjuangkan pengiktirafan kepada muzik indie dengan harapan agar setiap karya yang dibawa ke platform ini akan diterima dengan lebih meluas oleh peminat muzik Malaysia. Kami juga mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan lebih ramai […]

trending_flat

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini, bumi Gaza sudah ibarat padang jarak padang tekukur. Cebisan daging dan darah dapat dilihat di mana-mana. Semua bangunan yang menjadi tempat penduduk mendapat perlindungan dan manfaat seperti kediaman, tempat ibadah, hospital, sekolah dan sebagainya sudah hancur lumat akibat dibedil dan dibom. Dr. Nurul Husna Mansor Dr. Azmawaty Mohamad Nor Tidak lagi dapat disaksikan kanak kanak berlari lari keriangan, tidak lagi kelihatan kaum ibu saling bertegur sapa sambil membersihkan debu-debu di sekitar halaman rumah, tidak ada lagi sekumpulan bapa-bapa yang bekerja keras membanting tulang mencari nafkah buat isi rumah. Yang ada hanyalah tangisan dan raungan lantaran kehilangan insan tersayang. Segala yang dimiliki musnah dan lenyap sekelip mata. Yang berbaki hanyalah sisa runtuhan, kenangan dan trauma yang sangat mendalam kepada insan yang ditinggalkan. Dari sudut pandang psikologi, trauma yang dialami […]

trending_flat

KPDN optimis misi perdagangan ke Kemboja bawa hasil pulangan pelaburan ke negara

PHNOM PENH, 6 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan satu Misi Perdagangan Francais Ke Phnom Penh, Kemboja Bagi Program Franchise Malaysia In Phnom Penh, Cambodia yang diadakan dari 3 hingga 6 Disember 2023. Ia diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Dato’ Rohaizi Bahari. turut hadir bersama adalah Deputy Chief of Mission Malaysia ke Kemboja, Puan Nur Herzazzila Ghazali dan Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Encik Deric Yeo. Selain wakil daripada KPDN, delegasi itu turut disertai oleh wakil Persatuan Francais Malaysia (MFA), MATRADE dan 5 syarikat francais terkemuka tempatan seperti Marrybrown, Q-Dees, HOME Math Therapy, Smart Reader Kids dan MyeongDong Topokki. "KPDN komited untuk membawa lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang […]

trending_flat

Teater “Kenapa Kau Bayang Waktu” sorot isu kesihatan mental pasca-pandemik

Sebuah pementasan teater yang memperihalkan isu kesihatan mental di kalangan pelbagai segmen masyarakat telah dipentaskan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM), baru-baru ini. Pementasan ini adalah sebuah kerjasama sulung di antara Festival ArtXpression dan Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU UM, dalam menjayakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat UM. “Kenapa Kau Bayang Waktu” yang diarahkan oleh Harith Amirrul, merupakan sebuah produksi Kolektif Laraseni, dan menampilkan tiga pelakon muda yang mula mendapat tempat di dalam dunia teater: Megat Adli, Hana Nadira, dan Khairunazwan Rodzy. Naskhah asli karya Harith Amirrul ini cuba menyorot kisah-kisah masyarakat sebelum, semasa, dan selepas pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020 melalui tiga watak utamanya. Mardiah, lakonan Hana Nadira, menghuraikan cabaran wanita berkerjaya semasa pandemik COVID-19 dan bagaimana ia memberi kesan terhadap perkahwinannya. Nasir lakonan Khairunazwan Rodzy menyentuh hati penonton apabila terpaksa mengharungi kritikan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation