trending_flat

Walkabout Menteri MOTAC sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023

KUALA LUMPUR 3 Disember 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) mengadakan Walkabout Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023. Sempena Walkabout ini, Tiong King Sing turut melancarkan Jualan Rahmah Batik dengan harga serendah RM100.00 yang merangkumi produk batik seperti kemeja lelaki, kain pasang, blaus, kardigan dan banyak lagi. Tujuan utama Jualan Rahmah Batik tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai memiliki batik pada harga mampu milik. Beliau turut berkesempatan bertemu dengan usahawan kraf yang terlibat dengan aktiviti Jualan Kraf Batik dan turut meluangkan masa mewarna batik bersama-sama peserta aktiviti interaktif kraf. Antara pengisian aktiviti yang dilaksanakan sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 adalah Jualan Kraf Batik, Jualan Rahmah Batik, Pameran Kraf, Interaktif Kraf, Zumbatik dan Persembahan Kesenian. Sambutan Hari Batik […]

trending_flat

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember - Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh 750 batu nautika secara solo dari Kuala Terengganu ke Pulau Langkawi bagi menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023. Sempat berada di dalam kelompok 14 buah kapal yang terlibat dalam eksesais berkenaan ketika melalui kawasan perairan Pulau Pinang, KM Nusa turut berjaya menamatkan pelayaran dengan berlabuh di jeti Pulau Langkawi bersama kapal-kapal lain semalam. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, semangat dan iltizam yang ditunjukkan pegawai dan anggota KM Nusa adalah sebahagian contoh kesungguhan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberikan komitmen mereka demi memastikan sesuatu arahan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Beliau turut berkata, selain bersemangat melaksanakan tugasan yang diamanahkan, warga Maritim Malaysia perlu meningkatkan kepakaran dalam bidang tertentu khususnya ilmu pelayaran dan penguatkuasaan. Ujar beliau, komunikasi taktikal misalnya perlu ditingkatkan kerana bilangan […]

trending_flat

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak emosi yang tidak terkawal dalam kalangan masyarakat apabila pemberitaan tentang poligami dilaporkan di media. Seolah-olah mereka bersama-sama bersolidariti dengan isteri yang tua, tersakiti dan merasai penderitaannya. Sedangkan dalam amalan poligami, terdapat banyak kisah bahagia berbanding derita. Tetapi banyak kisah penderitaan yang dipaparkan hingga menimbulkan stigma dalam masyarakat yang mengaitkan poligami dengan kecurangan dan pengkhianatan suami. Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Dalam merespons kisah-kisah yang dilaporkan di media, ramai orang yang tidak bertindak menjadi pendamai atau penyejuk keadaan. Sebaliknya mereka menjadi batu api dengan menghasut pihak terlibat agar meruntuhkan masjid yang dibina. Selagi pasangan suami isteri tidak bercerai, mereka tidak akan berpuas hati dan akan terus menerus mencari keburukan dan kelemahan pihak suami dan isteri baru. Campur tangan dan hasutan masyarakat hanya akan meruntuhkan masjid dan memusnahkan kehidupan. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation