trending_flat

MET Malaysia keluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 02.00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning),seperti yang dipaparkan di bawah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisikotinggi. "Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah. Butiran PPS pada jam 12:00 PM, 26 Disember 2023 adalah seperti berikut :

trending_flat

Banjir Di Tiga Negeri Semakin Buruk, Mangsa Banjir Terus Meningkat

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding malam tadi. Di KELANTAN jumlah mangsa banjir bertambah kepada 12,572 orang daripada 3,860 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 9,721 orang daripada 2,962 yang direkodkan malam tadi. Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaru terjejas banjir selepas Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai serta kesemua mangsa sedang berlindung di 82 PPS di tujuh jajahan itu. Enam PPS dibuka di Machang menempatkan 462 mangsa daripada 167 keluarga manakala sebuah PPS di Kota Bharu memberi perlindungan kepada 25 mangsa daripada tujuh keluarga. Di Pasir Mas, 24 PPS beroperasi menempatkan 7,210 mangsa daripada 2,334 keluarga, 19 PPS di Tanah Merah (1,783 mangsa daripada […]

trending_flat

Tingkatkan kesedaran ancaman di laut sewaktu musim cuti sekolah

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan Preventive Search & Rescue (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh beberapa buah bot ronda pada setiap hari yang terdiri daripada pasukan yang bertugas di bawah rutin rondaan Maritim Malaysia. Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut. Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa. Inisiatif yang bermula pada 22 Disember hingga hari ini bertujuan membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta […]

trending_flat

Orang China di luar negara berkongsi pandangan tentang peluang dan pembangunan di Fuzhou, Fujian

FUZHOU, China, 26 Dis (Bernama) --ย Persidangan Bakat Orang China di Luar Negara yang pertama bagi Pembangunan, yang dihoskan bersama oleh All-China Federation of Returned Overseas Chinese dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, bermula pada 20 Disember di Fuzhou di Wilayah Fujian. Persidangan itu bertujuan bagi mewujudkan sebuah platform untuk berkongsi pandangan industri, dasar dan langkah bakat, memupuk interaksi di kalangan profesional China di luar negara. Selain itu, acara itu berfungsi sebagai sebuah pameran untuk pencapaian akademik dan inovasi orang China di luar negara, dan sebuah platform bagi menghubungkan bakat, projek dan modal daripada komuniti China di luar negara, dengan bertujuan untuk membina sebuah platform berdiri bagi kebijaksanaan China di luar negara bagi pembangunan.Baru-baru ini, poster bagi persidangan itu telah disebarkan secara meluas melalui pelbagai media luar negara termasuk "ORIENTAL. PARIS" dan saluran media sosial seperti "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou", dengan […]

trending_flat

Luruan monsun dijangka berlaku sehingga 27 Disember

Menurut Laporan Harian Bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga 25 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (14) daerah di lima (5) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 5,018 dalam tempoh 24 jam (berbanding 1,741 mangsa pada 24 Disember 2023). Ia melibatkan 1,361 keluarga yang ditempatkan di 77 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Manakala jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 21 buah pada 24 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (1,174 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (1,157 mangsa) dan Tanah Merah, Kelantan (733 mangsa). Terdapat dua (2) kematian akibat banjir MTL yang melibatkan satu (1) kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023) dan satu (1) kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) direkodkan […]

trending_flat

Maritim Malaysia rampas 400 liter minyak petrol

๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 20 tong berjaya dirampas oleh Zon Maritim Sandakan selepas ia dibuang ke laut ketika aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan dua buah bot pancung disyaki penyeludup di sini, petang semalam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan dua bot pancung berada dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 3.10 petang di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai. Pihak Maritim Malaysia telah mengarahkan bot suspek berhenti untuk diperiksa namun bot suspek tidak memberikan kerjasama malah bertindak memecut laju bot. Suspek turut membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut sebelum melarikan diri menuju ke perairan cetek dan berbatu dalam usaha meloloskan diri dari ditahan oleh penguat kuasa. Kesemua tong minyak seterusnya […]

trending_flat

Rukun Negara bukan sekadar ikrar di bibir

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Binti Ali@ Mat Zin Rukun Negara nadi pendidikan rakyat Malaysia. Setiap warga Malaysia pasti melafazkan ikrar Rukun Negara ini seminggu sekali dalam perhimpunan mingguan di peringkat sekolah. Apabila tamat pengajian di peringkat rendah dan menengah tiada lagi rutin ucapan ikrar tersebut. Soalan yang timbul, adakah ikrar yang diucapkan hanya di bibir dan tiada kesan di hati sehingga melanggar rukun kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan rukun yang kelima; kesopanan dan tata susila? Rukun kelima merupakan teras keharmonian hidup sesama rakyat yang pelbagai bangsa, agama, fahaman politik, status ekonomi dan sosial. Prof. Madya Dr. Aizan Binti Ali@ Mat Zin Jika ditelusuri sejarah negara Malaysia, Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 selepas tragedi 13 Mei 1969 dengan tujuan memupuk perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun Rukun Negara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–