PM ‘tabik’ PDRM berani benteras sindiket dadah
PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memuji tindakan tegas Polis DIraja Malaysia (PDRM) di atas keberanian memerangi sindiket dadah di Sabah pada bulan lalu. Katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini, rakyat negara ini selalu berbicara tentang dadah namun yang ditangkap oleh pihak berkuasa ramai adalah pengedar-pengedar kecil. "PDRM bulan lalu mencatat satu lagi tindakan dan kejayaan kerana kita semua bicara tentang dadah. Ratusan ribu anak-anak kita terlibat dengan dadah dan terpaksa belanja ratusan juta ringgit setahun untuk menangani masalah ini. Yang ditangkap juga puluhan ribu di kalangan pengaih dan (hanya) pengedar1pengedar pringkat bawah. Sukar diambil tindakan terhadap pengedar-pengedar besar, tokey tokey besar terlibah dalam dadah. Maka saya salut PDRM yang telah jelajah ke Sabah dan ambil tindakan yang tegas." ucap Anwar. Tambahnya sekarang sudah tidak […]