trending_flat

Yang Di-Pertua Negeri bertemu wakil ketua agama UNIFOR

KUCHING, 27 Januari 2024 - Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir untuk makan malam bersama-sama dengan wakil-wakil ketua agama yang juga anggota Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), malam ini. Dalam majlis makan malam yang diadakan secara sederhana di salah sebuah hotel di sini, Tun Dr. Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR. Antara yang hadir termasuk Pengarah UNIFOR Jack Aman, Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Archbishop Simon Bishop, Canon Bradley Sangan (Anglican Diocese of Kuching) dan Dato Dr Kalwinder Singh Khaira (Sikh). Turut hadir ialah Chin Chia Chau (Baha'i), Prema Maniam (Hindu Sangam), Dato Sri Tay Chin Kin (Buddhist), Kapitan Tan Kok Chang (Tao), Wallace Paul Kilat (Iban Methodist Church) serta wakil […]

trending_flat

๐“๐ฎ๐ง ๐ƒ๐ซ ๐–๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐ง๐š๐ข๐๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ญ ๐™๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ค

KUCHING, 27 Januari 2024- Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menunaikan Solat Zohor bertempat di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching. Ketibaan Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi pada jam 12.25 tengah hari disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Sejurus selepas itu, Wan Junaidi serta isteri menandatangani buku pelawat Masjid Jamek Negeri Sarawak. Kemudian, Wan Junaidi serta jemaah yang hadir menunaikan Solat Zohor yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Terdahulu, Wan Junaidi sempat menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Datin Sri Fiona Sim Abdullah @ Norjanah Wan Junaidi di Tanah Perkuburan Islam Samariang. Tun Dr Wan Junaidi dilantik sebagai TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak bermula pada 26 Januari 2024 bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib […]

trending_flat

Poster Peringatan Tutup Suis Mesin Penapis Air Elak Kebakaran Sahih Dari Bomba – JomCheck

Oleh : JomCheck JomCheck terpanggil untuk membuat semakan berkenaan dengan poster yang sering tular tentang keperluan menutup suis mesin penapis air ketika berlaku gangguan bekalan air bagi mengelakkan kebakaran. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Poster oleh Public Health Malaysia (PHM) disiarkan melalui Facebook pada 17 September 2020 dan dikongsi melalui pelbagai platform hingga hari ini. STATUS: BENAR PENJELASAN: Menurut hantaran Facebook rasmi Bomba pada 5 Ogos 2019, pemanas dalam mesin penapis air akan terus berfungsi walaupun tanpa bekalan air. Ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, seterusnya mengakibatkan kebakaran. Sumber: Laman Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia: https://bit.ly/3U76kZcLaman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara: https://bit.ly/48ZibN6Laporan berita Kosmo: https://bit.ly/47DS0e2 Maklumat penting terkait peringatan ini adalah: a. Hasil semakan JomCheck mendapati poster PHM itu memetik hantaran akaun Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) pada 5 […]

trending_flat

Waspada dengan penyamar pegawai MCMC

CYBERJAYA, 27 Januari 2024 - Orang ramai diingatkan untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dalam satu siaran media hari ini, MCMC berkata Modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. "Pemanggil akan mengancam mangsa dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan mangsa dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan. Sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam. Bermula 1 hingga 25 Januari 2024, MCMC telah menerima sejumlah 259 aduan dan daripada jumlah tersebut, 238 panggilan pertanyaan telah diterima bagi mengesahkan isu berkenaan." kata MCMC. Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan MCMC lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau platform media sosial milik MCMC. "Pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan […]

trending_flat

Perlunya pindaan perundangan elak dera, abai warga emas

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang mula digubal pada tahun 1990 meletakkan warga emas sebagai salah satu kumpulan sasaran yang diberi tumpuan penting ekoran daripada peningkatan masalah sosial melibatkan kumpulan tersebut, termasuklah penganiayaan dan pengabaian terhadap orang tua. Masalah sosial seperti ini pastinya mengganggu kesejahteraan negara sekaligus meninggalkan impak negatif. Dr. Siti Aisyah Samudin Dalam matlamat pembangunan mampan ketiga, kerajaan menggariskan beberapa perkara berkenaan kesihatan dan kesejahteraan bagi memastikan kehidupan yang sihat untuk semua lapisan umur. Islam juga merujuk masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat dengan istilah yang khusus, fasad fi al-ardh wa yasfiku al-dimaโ€™ iaitu kerosakan dan pertumpahan darah di muka bumi. Lantaran itu, Dasar Kebajikan Masyarakat Negara ini digubal bagi mewujudkan suatu keadilan sosial dalam masyarakat di Malaysia, termasuklah dalam kalangan warga emas. Di Malaysia, laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia […]

trending_flat

Penyelidik UM terima geran penyelidikan YPOMNM buat kajian pemulihan pesakit strok

Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) baru-baru ini telah menyampaikan Geran Insentif YPOMNM Kitar 1 2023 kepada Prof. Madya Dr. Nur Azah Hamzaid dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM). Replika cek geran telah disampaikan oleh Pengasas YPOMNM, Prof. Datoโ€™ Dr. Hj. Jafri Malin Datuk Hj. Abdullah dan Prof. Madya Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli pada sebuah majlis ringkas di The Cube, Fakulti Kejuruteraan UM. โ€œBidang kajian saya merangkumi kaedah-kaedah penyelesaian bagi membantu proses pemulihan fizikal yang disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah strok. Untuk geran YPOMNM ini, saya akan memfokuskan kepada kajian mengenai Transcranial Magnetic Stimulation (TMS). Di dalam bidang kajian ini, kita akan melihat sejauh mana penggunaan rangsangan magnet di bahagian otak mampu memberi kesan terhadap proses pemulihan otot pesakit strok, terutamanya otot kaki,โ€ kata Dr. Nur Azah. Menurut Prof Datoโ€™ Jafri Malin, pemberian geran […]

trending_flat

Kesantunan berbahasa cermin keperibadian diri di media sosial

Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Dalam era digital, media sosial telah menjadi medium penting untuk menunjukkan ekspresi diri, komunikasi, dan pembinaan identiti. Bahasa yang digunakan semasa berinteraksi dalam talian memainkan peranan dalam menyampaikan pemikiran, emosi, dan keperibadian. Fenomena ini amat jelas kepada pengguna semasa memilih perkataan, frasa, dan nada untuk menunjukkan kesantunan berbahasa di alam maya. Dr. Norfaizal Jamain Kesantunan berbahasa yang ditunjukkan adalah melalui pemilihan kata-kata untuk memanifestasikan imej atau pesona tertentu. Pengguna sering berkomunikasi dalam talian sejajar dengan imej diri yang mereka inginkan, sama ada lucu, intelektual, empati, atau berwibawa. Pilihan kosa kata dan gaya komunikasi menjadi alat bagi pengguna untuk menyusun dan menyampaikan ekspresi kepada khalayak yang lebih luas. Kesantunan bertindak sebagai peraturan sosial yang melicinkan interaksi dan meminimumkan konflik. Dengan menggunakan bahasa yang sopan, pengguna menunjukkan bahawa mereka menghargai dan menghormati perasaan dan pendapat orang lain di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–