trending_flat

Lambakan unsur lucah di media runtuhkan nilai masyarakat MADANI

Oleh: Dr. Atifah Ahmad Yusoff Dewasa ini, terdapat lambakan iklan dan filem yang berunsur lucah (soft porn) ditayangkan di pawagam dan kaca TV. Hal ini memberi kesan buruk kepada masyarakat di mana filem amat berpengaruh kepada kehidupan realiti manusia dari sudut pemikiran, tingkah laku, emosi, peribadi, akhlak, dan nilai Islam. Perubahan yang berlaku ke atas diri penonton akan mendorong mereka sama ada ke arah positif mahupun negatif bergantung kepada jalan cerita yang dipilih. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Dr. Atifah Ahmad Yusoff Mengikut teori kesan media yang diasaskan oleh George Gerbner pada tahun 1979 melalui Cultivation Theory, menyatakan bahawa semakin kerap seseorang menonton televisyen, semakin mudah visual tersebut menyerap masuk dan mempengaruhi psikologi penonton. Secara saintifik, ianya kerana dikatakan berpunca daripada pemaparan secara audio dan visual yang halus dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran kognitif penonton dalam jangka masa panjang. Kesan […]

trending_flat

Tuduhan Fitnah :  Teresa Kok Menang Saman Mengatakan Beliau Tidak Setuju Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan – JomCheck

Oleh : JomCheck 28 Januari 2024 - Pada 2019, terbit sebuah artikel yang mengatakan kononnya Ahli Parlimen Seputeh dari parti Democratic Action Party (DAP) Teresa Kok tidak setuju agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang ditulis oleh Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor pada waktu itu, Syarhan Huzaimi Halim. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) STATUS: TIDAK BENAR PENJELESAN: Teresa Kok telah mengambil tindakan menyaman penulis artikel tersebut pada 2019 dan telah memenangi kes tersebut pada Februari 2020. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/512322 Poin penting untuk menjelaskan isu ini adalah: a. Teresa Kok memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman itu. b. Hakim juga menjelaskan bahawa artikel berkenaan telah mendorong pembaca untuk merumuskan bahawa Teresa Kok adalah seorang anti-Islam dan bersifat perkauman. Semoga perkongsian kali ini dapat menerangkan keadaan sebenar tentang artikel berkenaan. Lepas ini jangan […]

trending_flat

Tiga kampung terima manfaat daripada projek naik taraf jalan

BAU, 27 Januari 2024 - Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Tanjong Poting, Senibung dan Kampung Tanjong Bowang bukan sahaja bakal memberi kemudahan kepada penduduk di tiga kawasan perkampungan terlibat dan kawasan sekitarnya apabila projek tersebut siap pembinaannya, malah dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut selama ini. Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep dalam ucapan perasmiannya memberitahu kawasan perkampungan tersebut sering banjir selama ini kerana paras jalan raya lebih rendah dari rumah penduduk. "Selain pembinaan longkang dan tembok cerun, kerja-kerja melebarkan jalan, pembinaan dua jambatan bagi mengantikan jambatan sedia ada dan menaik paras jalan perlu ditinggikan bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi penduduk selama ini," ujar beliau. Henry memberitahu tempoh pembinaan projek itu adalah selama 24 bulan iaitu bermula pada 14 Disember 2023 sehingga 13 Disember 2025. Terdahulu, Henry dan tetamu […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada jam 5:33 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:33 petang, 27 Januari 2024Koordinat: 11.8° Selatan 113.4° TimurLokasi: Selatan Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.3Jarak: 393km Barat Daya dari Denpasar, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Yang Di-Pertua Negeri bertemu wakil ketua agama UNIFOR

KUCHING, 27 Januari 2024 - Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir untuk makan malam bersama-sama dengan wakil-wakil ketua agama yang juga anggota Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), malam ini. Dalam majlis makan malam yang diadakan secara sederhana di salah sebuah hotel di sini, Tun Dr. Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR. Antara yang hadir termasuk Pengarah UNIFOR Jack Aman, Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Archbishop Simon Bishop, Canon Bradley Sangan (Anglican Diocese of Kuching) dan Dato Dr Kalwinder Singh Khaira (Sikh). Turut hadir ialah Chin Chia Chau (Baha'i), Prema Maniam (Hindu Sangam), Dato Sri Tay Chin Kin (Buddhist), Kapitan Tan Kok Chang (Tao), Wallace Paul Kilat (Iban Methodist Church) serta wakil […]

trending_flat

𝐓𝐮𝐧 𝐃𝐫 𝐖𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐧𝐚𝐢𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐙𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤

KUCHING, 27 Januari 2024- Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menunaikan Solat Zohor bertempat di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching. Ketibaan Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi pada jam 12.25 tengah hari disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Sejurus selepas itu, Wan Junaidi serta isteri menandatangani buku pelawat Masjid Jamek Negeri Sarawak. Kemudian, Wan Junaidi serta jemaah yang hadir menunaikan Solat Zohor yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Terdahulu, Wan Junaidi sempat menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Datin Sri Fiona Sim Abdullah @ Norjanah Wan Junaidi di Tanah Perkuburan Islam Samariang. Tun Dr Wan Junaidi dilantik sebagai TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak bermula pada 26 Januari 2024 bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib […]

trending_flat

Poster Peringatan Tutup Suis Mesin Penapis Air Elak Kebakaran Sahih Dari Bomba – JomCheck

Oleh : JomCheck JomCheck terpanggil untuk membuat semakan berkenaan dengan poster yang sering tular tentang keperluan menutup suis mesin penapis air ketika berlaku gangguan bekalan air bagi mengelakkan kebakaran. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Poster oleh Public Health Malaysia (PHM) disiarkan melalui Facebook pada 17 September 2020 dan dikongsi melalui pelbagai platform hingga hari ini. STATUS: BENAR PENJELASAN: Menurut hantaran Facebook rasmi Bomba pada 5 Ogos 2019, pemanas dalam mesin penapis air akan terus berfungsi walaupun tanpa bekalan air. Ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, seterusnya mengakibatkan kebakaran. Sumber: Laman Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia: https://bit.ly/3U76kZcLaman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara: https://bit.ly/48ZibN6Laporan berita Kosmo: https://bit.ly/47DS0e2 Maklumat penting terkait peringatan ini adalah: a. Hasil semakan JomCheck mendapati poster PHM itu memetik hantaran akaun Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) pada 5 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation