Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada jam 3:46 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:46 petang, 23 Februari 2024Koordinat: 0.7° Selatan 98.3° TimurLokasi: Sumatera Selatan, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 99km Barat Laut dari Siberut,IndonesiaKedalaman: 45 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.