trending_flat

MY JALAN : KKR dan MOSTI jalin kerjasama, perluaskan adaptasi teknologi penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menjalinkan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan. Menurut KKR menerusi satu siaran media, Program Sandbox itu akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara. Program tersebut juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain industri mengetengahkan inovasi dan teknologi mereka dalam ruang lingkup bidang kuasa KKR. Justeru, satu perjumpaan telah diadakan di antara Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pengurusan tertinggi KKR serta agensi, dan pengurusan tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di ibu pejabat KKR semalam. Pasukan MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu yang telah […]

trending_flat

Intervensi institusi masjid dalam menjamin kesihatan mental masyarakat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Kehidupan di era kecerdasan buatan menyaksikan masyarakat aktif bermusafir dan melancong ke serata Negara bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan. Jika suatu ketika dahulu manusia bermusafir atas urusan kerja, perniagaan, pengajian, rekreasi dan ziarah menziarahi sesama insan, namun pada hari ini, ahli masyarakat bermusafir semata-mata mencari tempat makanan dan minuman yang diviralkan melalui media sosial. Jarak yang jauh bukan lagi isu dan kekangan dengan kemudahan lebuhraya dan kenderaan yang dipacu pantas menuju destinasi pilihan. Ia salah satu alternatif bagi masyarakat kini “healing” di hujung minggu. Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Perkataan “healing” menitir di bibir masyarakat tidak kira bangsa, agama, peringkat umur dan jantina. Tanggungjawab dan bebanan tugas harian semakin bertambah saban hari telah menekan jiwa dan menjejaskan kesihatan mental masyarakat. Justeru, ia perlu ditangani secara individu dan kolektif. Setiap individu bertanggungjawab […]

trending_flat

Jadikan Tahun 2024 sebagai Tahun Reformasi Kerajaan Madani – BERSIH

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2024 - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bersama rakyat Malaysia berhimpun di hadapan bangunan keramat Parlimen Malaysia dengan niat untuk menyuarakan tuntutan utama rakyat kepada seluruh Ahli Parlimen. Foto kredit Infinit Photo | Design Foto kredit Infinit Photo | Design Foto kredit Infinit Photo | Design Foto kredit Infinit Photo | Design Perhimpunan itu adalah aksi pertama Bersih untuk mengingatkan Kerajaan Madani, dan juga Ahli-Ahli Parlimen yang berkempen atas manifesto untuk mereformasikan negara, bahawa rakyat tidak akan berdiam diri dan akan terus mendesak supaya agenda reformasi pilihan raya dan reformasi institusi dilaksanakan. "Bersih menegaskan Parlimen adalah institusi keramat yang menjadi nadi kepada usaha reformasi khususnya dalam membawa agenda tatakelola yang baik dalam negara." kata Bersih di dalam satu kenyataan. Justeru, Bersih bersama rakan-rakan NGO yang lain menekankan tiga agenda besar yang harus dibawa oleh […]

trending_flat

Propel Global Rekod 43.3% Pertumbuhan Hasil untuk S2 TK2024

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2024 – PROPEL GLOBAL BERHAD ("Propel Global" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan minyak dan gas (“O&G”), hari ini mengumumkan pencapaian kewangan bagi suku kedua tahun fiskal 2024 (“ S2 TK2024”)dengan menjana hasil sebanyak RM35.1 juta, menandakan peningkatan 43.3% yang memberangsangkan daripada RM24.5 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya (“Q2 TK2023”), di tengah-tengah dinamik pasaran yang berkembang. Ms. Angeline Lee, Executive Director / Group Chief Executive Officer of Propel Global Keuntungan sebelum cukai ("PBT") Kumpulan untuk S2 TK2024 berjumlah RM0.9 juta, berbanding PBT sebanyak RM2.6 juta pada S2 TK2023.Prestasi suku ini menunjukkan penjajaran semula strategik dan penyelarasan operasi yang sedang dijalankan dalam Kumpulan. Inisiatif ini, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan ketangkasan merentasi pelbagai segmen Propel Global, merupakan langkah penting dalam usaha berterusan Kumpulan untuk menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam landskap pasaran yang dinamik. Segmen O&G kekal […]

trending_flat

Jadikan sifat malu sebagai benteng kerosakan akhlak

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Kehidupan era moden sememangnya banyak memberi kemudahan dalam menguruskan kehidupan manusia. Namun, arus kemodenan ini disalah guna sehingga boleh membawa manusia leka ke arah mengejar dan mengutamakan keseronokan serta kesenangan kehidupan sehingga terdapat golongan yang mementingkan tuntutan material dan sanggup mengabaikan maruah dan melanggar perintah Allah SWT. Allah SWT telah memuliakan manusia dengan keindahan rupa dan akal sehingga mereka mengetahui pelbagai kepakaran, bahasa serta dikurniakan pemikiran yang baik dalam mencari penghidupan dan mengeksploitasi segala yang ada di bumi. Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Kemuliaan manusia yang disebutkan ini adalah akal fikiran supaya manusia bukan sahaja mampu berfikir tentang sesuatu perkara malah dapat membezakan antara yang hak dan batil. Keistimewaan yang dikurniakan ini sewajarnya digunakan ke arah kebaikan iaitu dengan mematuhi perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT. Namun akhir zaman ini, kebanyakan manusia lebih mengikut […]

trending_flat

ikhlas.com anjur agihan fidyah terbesar di Perlis

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2024 – Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) membuat pengagihan fidyah terbesar dengan sejumlah 1,000 kampit beras fidyah kepada para penerima di sekitar Perlis. Buat julung-julung kalinya, ikhlas.com bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha mengenal pasti para penerima yang layak dan mengagihkan kutipan dana IKHLAS Fidyah dengan telus dan efisyen. Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, ikhlas.com amat bersyukur kerana dapat meneruskan komitmen kepada komuniti Islam dengan mengagihkan kutipan IKHLAS Fidyah 1444H dalam bentuk 1,000 kampit beras kepada penerima yang berhak di Perlis.” Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan IKHLAS Fidyah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Agihan beras fidyah tersebut melibatkan beberapa lokasi bermula di bangunan MAIPs, […]

trending_flat

Aisyah Maisarah tidak gusar bergelumang dengan lalat, demi cita-cita menjadi usahawan bioteknologi

Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini merupakan mahasiswa tahun ketiga kursus bioteknologi di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Selain aktif di kampus, beliau yang bercita-cita menjadi usahawan pada masa hadapan, sudah pun mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan sejak berumur 8 tahun dan kini menguruskan bukan satu, malah lima jenis perniagaan pada masa lapangnya. “Sejak kehilangan arwah ayah pada tahun 2013, kami sekeluarga sudah biasa melakukan pelbagai kerja untuk mencari pendapatan tambahan. Disebabkan pandemik COVID-19, saya dan ibu mula mengusahakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan dari rumah. Kami mendapat banyak tempahan kek brownies dan roti dari warga setempat ketika itu yang tidak dapat keluar rumah kerana PKP. Kemudian, saya mula membekalkan produk bakeri kepada kedai-kedai di kolej kediaman Universiti Malaya,” kata Aisyah Maisarah Abd Razak, atau lebih mesra dengan panggilan Sera, memulakan perbualan. Anak jati Kuala Lumpur dari Cheras ini sememangnya komited […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation