Jadikan bekerja dari rumah sebagai pilihan
Oleh: Dr. Juraifa Jais Pandemik COVID-19 menyebabkan bekerja dari rumah (BDR) menjadi norma di Malaysia. Pekerja dikehendaki meneruskan pekerjaan sepenuh masa dan pada masa yang sama menjalankan tanggungjawab keluarga. Pelaksanaan BDR adalah mencabar dalam beberapa industri kerana sebahagian pekerjaan menuntut pekerja hadir secara fizikal pada masa tertentu. Ini memberi kesukaran kepada majikan untuk merancang strategi BDR yang berkesan. Walau bagaimanapun, syarikat yang gagal menerima perubahan, terutamanya semasa pandemik COVID-19 akan menghadapi risiko untuk berdaya saing. Dr. Juraifa Jais Sebelum pandemik COVID-19, BDR telah lama diamalkan di negara Barat. Menurut laporan OECD (2020), BDR dilaksanakan sebanyak 57.2 peratus di Sweden pada tahun 2015, dan 25 peratus di Portugal dan Itali pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, BDR jarang dilaksanakan di Asia. Di India, BDR adalah keistimewaan yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar untuk pekerja atasan yang terpilih. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah […]