Usahawan MyAP berjaya tembusi pasaran antarabangsa
SHAH ALAM, 13 Februari 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja ke Projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House & Industry Sdn Bhd. Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan bagi meninjau perusahaan pemprosesan produk berasaskan ikan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Australia, Singapura dan Brunei. Bertapak sejak 23 tahun lalu, syarikat yang menjalankan perusahaan keropok lekor di Parlimen Kota Raja itu merupakan usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Keropok House & Industry Sdn Bhd menerima bantuan dari jabatan pada 2016 dan 2022 melalui bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) sebanyak RM43,500 bagi mempertingkatkan hasil produk yang dipasarkan. Syarikat milik Bumiputera itu juga telah memperolehi pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), kualiti dan mutu produk keluaran syarikat turut diperlengkap dengan penerimaan […]