trending_flat

Tersiratnya tanggungjawab terhadap Palestin di dalam peristiwa Israk Mikraj

Oleh: Rusli Abdul Roni Israk Mikraj adalah suatu peristiwa monumental dalam perjalanan kerasulan dan kerohanian Baginda Nabi Muhammad SAW. Peristiwa agung yang mencatatkan Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Surah al-Isra’: 1), dan terus naik merentasi tujuh lapisan langit ke Sidratul Muntaha (HR Muslim). Rusli Abdul Roni Perjalanan ini bukan hanya sekadar fizikal, tetapi juga melibatkan perjalanan spiritual yang membuka pintu pengalaman luar biasa di dunia langit kekuasaan Allah SWT. Melalui peristiwa mikraj tersebut, Nabi menerima perintah solat, sebagai simbolik yang betapa pentingnya ibadah dalam membangunkan hubungan yang lebih dekat dengan Sang Pencipta. Bahkan ibadah solat telah dianggap bagaikan jambatan yang menghubungkan bumi dengan langit. Sehingga solat digelar sebagai Mikraj setiap insan. Sejarah Israk Mikraj menjadi pijakan bagi misi kenabian, mengukuhkan kedudukan Rasulullah sebagai utusan Allah SWT. Mukjizat agung yang menyertai Israk Mikraj […]

trending_flat

Generali Malaysia Membawakan Pengalaman Insurans Bersepadu ke Melaka

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2024 (Bernama) -- Generali Malaysia mengumumkan pelancaran cawangan Melaka ― cawangan sehenti yang menawarkan rangkaian penyelesaian Insurans Am dan Hayat yang komprehensif, semuanya di bawah satu bumbung. Semasa majlis memotong reben yang diadakan pada 26 Januari 2024, Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia menyentuh hakikat bahawa Melaka merupakan sebuah bandar raya yang dipenuhi dengan warisan budaya yang meriah. Selama bertahun-tahun, bandar raya tersebut telah berubah menjadi hab perniagaan yang berkembang maju dengan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa. “Kami percaya cawangan Melaka kami mampu berkembang maju bukan sahaja sebagai sebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan insurans sehenti, tetapi juga sebagai sebuah pusat pemprosesan utama, memacu transformasi dan menyumbang dalam pertumbuhan KDNK serta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Cawangan ini merupakan lensa yang membolehkan kami memerhatikan perniagaan dan hubungan kami dengan komuniti […]

trending_flat

Spritzer EcoPark Memeriahkan Tahun Baru Cina dengan Sambutan Musim Bunga yang Mempesonakan

KUALA LUMPUR/TAIPING, 8 FEBRUARI 2024 - Spritzer EcoPark sangat teruja untuk sambutan besar-besaran dengan mengalu-alukan musim Musim Bunga dengan paparan hiasan yang meriah yang luar biasa, direka dengan teliti daripada beribu-ribu botol Spritzer guna semula. Inisiatif inovatif ini mengubah EcoPark menjadi sebuah bandar perayaan sekolah lama yang menawan, menjemput pengunjung untuk menyelami semangat perayaan, kelestarian dan kekayaan budaya. Memandangkan Tahun Baru Lunar semakin hampir, Spritzer EcoPark menjadi kawasan ajaib yang memukau, dihiasi dengan hiasan yang direka dengan teliti yang diilhamkan oleh simbol tradisional kemakmuran dan nasib baik, dilengkapi dengan muzik Tahun Baru Cina yang lembut di latar belakang. Selain itu, motif yang direka secara bebas untuk Hari Valentine menambah sentuhan romantik dan daya tarikan tambahan pada suasana. Daripada jongkong berhias kepada tanglung yang bercahaya, setiap sudut EcoPark menawarkan latar belakang yang menawan untuk merakam detik-detik Instagram yang layak yang akan dihargai sepanjang […]

trending_flat

1MDB : SPRM berjaya peroleh semula wang dan aset bernilai RM23,911,460.90.

PUTRAJAYA, 8 Februari 2024 - Hasil daripada pemulihan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara yang giat dijalankan secara berterusan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya memperoleh semula wang termasuk aset yang berjumlah RM23,911,460.90. Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata wang dan aset tersebut telah berjaya diperoleh menerusi proses lucuthak termasuk di mahkamah selain penyerahan secara sukarela membabitkan lima individu dan seterusnya telah dipulangkan semula kepada Kerajaan Malaysia. Kata SPRM lagi, kejayaan tersebut adalah susulan daripada proses menjejak dan memperoleh semula dana 1MDB yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM pada tahun 2023 dan terbaharu pada 5 Februari 2024. "Untuk makluman, wang berjumlah RM556,275.64 telah berjaya diperoleh pada 30 Ogos 2023 daripada Nurzahid Taib, pegawai 1MDB, yang telah menerima dana 1MDB bagi Projek Maximus dan Projek Catalyze yang dimasukkan ke dalam akaun […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Seram, Indonesia pada jam 3:33 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:33 pagi, 8 Februari 2024Koordinat: 3.4° Selatan 130.8° TimurLokasi: SeramMagnitud: 5.1Jarak: 285km Selatan dari Sorong,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Tiada pemberian RM500 tunai di BSN kepada Warga Emas

Oleh : JomCheck Tular di aplikasi WhatsApp kononnya seorang warga emas mewakili keluarga boleh menuntut RM500 secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan hanya membawa kad pengenalan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Mesej seperti ini telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak terutama sekali warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas seperti yang dinyatakan dalam dakwaan. Hasil semakan rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi warga emas yang tidak mempunyai pasangan adalah RM150 dan bukannya RM500 manakala tidak semua warga emas layak menuntut wang secara tunai di BSN. Sumber: http://mycheck.my/more.php?id=2266979 Penjelasan yang perlu diberi perhatian adalah: a. Merujuk hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan menerangkan bahawa bantuan STR yang bernilai RM500 hanya untuk isi rumah yang berpendapatan RM2500 ke bawah b. Lembaga Hasil Dalam […]

trending_flat

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bersama rakan-rakan dari pertubuhan masyarakat sivil (CSOs), gerakan anak muda serta gerakan mahasiswa dan rakyat hari ini ingin meluahkan kekecewaan dan kemarahan berhubung perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda reformasi di negara ini. ‘Anugerah’ DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dalam kes rasuah membabitkan para elit politik sehinggalah kepada kemuncak pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak telah menyemarakkan api kemarahan rakyat. Ditambah pula dengan kegagalan pihak kerajaan untuk bersikap telus mengenai saranan yang diajukan kepada Lembaga Pengampunan, hal ini menunjukkan bahawa hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tidak dihormati. Ini seolah memberi gambaran bahawa janji dan komitmen reformasi termasuk untuk membanteras rasuah dan pelakunya tidak lebih hanya sekadar menjadi halwa telinga semata-mata. Situasi ini mengisyaratkan bahawa rakyat tidak lagi boleh berdiam diri membiarkan agenda reformasi institusi dan reformasi politik negara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation