trending_flat

GTR Burger meterai penajaan bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi tujuan Pembangunan Bola Sepak

KLANG, 7 Februari 2024 - Jenama “Burger Jalanan" terkenal, GTR Burger, memeterai perjanjian menaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama 3 tahun bermula musim 2024 bagi tujuan Pembangunan Bola sepak khususnya di Selangor seiring dengan identiti FAS. Pengasas GTR Burger, Nordin Mat berkata, ketika mula bertapak di dalam industri, mereka hanya meletakkan sasaran awal untuk fokus menghasilkan burger yang sempurna. "Bagi menghasilkan burger yang sempurna perlunya ada latihan dan praktikal pada kadar maksimum. Ianya seiring dengan identiti FAS yang amat menekankan aspek pembangunan dalam melahirkan pemain yang sempurna. Sebab itu GTR Burger memaktubkan perjanjian penajaan ini dengan FAS kerana kita ada perancangan yang lebih besar yang bakal kita laksanakan untuk lebih mendekati industri sukan bola sepak di negara ini", katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) penajaan di antara FAS dan GTR Burger berlangsung di […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao,Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 10:57 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:57 pagi, 7 Februari 2024Koordinat: 8.5° Utara 126.9° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.1Jarak: 74km Timur Laut dari Bislig,FilipinaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Imbasan Kod Bar Pek RFID Touch ‘N Go tidak boleh akibatkan telefon digodam – JomCheck

Oleh : JomCheck Kami menerima pertanyaan tentang kes godaman telefon pintar yang dikatakan berpunca daripadai pengaktifan pek Radio Frequency Identification (RFID) oleh syarikat Touch ‘n Go menggunakan imbasan kod bar. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pakej kad RFID itu juga dikatakan dihantar secara rawak ke rumah penerima. Semakan JomCheck menemukan tiga bahan berkaitan dakwaan ini. Pertamanya adalah laporan dari rakan JomCheck iaitu MyCheck Malaysia, kedua penafian rasmi pihak Touch ‘n Go dan ketiga adalah semakan oleh portal bertemakan teknologi Tech ARP. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Telefon pintar atau maklumat peribadi anda tidak boleh digodam hanya semudah mengimbas kod bar di kad RFID. Sumber:Laporan MyCheck Malaysia: http://mycheck.my/more.php?id=2266011 Kenyataan rasmi Touch ‘n Go di Instagram: https://www.instagram.com/mytouchngo/p/Cs43cWgSzoj/ Artikel oleh Tech ARP: https://www.techarp.com/internet/tng-rfid-bar-code-hack-phone/ Isi utama yang menjelaskan status berikut adalah:

trending_flat

AI bantu perkembangan bahasa kanak-kanak

Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) kini menjadi buah mulut ahli akademik, ahli korporat dan terapi bahasa sebagai alat yang boleh membantu dalam meningkat dan menyelesaikan masalah. Teknologi AI ini boleh menjimatkan masa dan tenaga terutamanya dalam membuat keputusan dan perancangan jangka pendek dan panjang. Dr. Norfaizal Jamain Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, penguasaan bahasa menjadi satu daripada aspek utama yang perlu diberi perhatian kerana kecukupan kosa kata kanak-kanak, membolehkan mereka menginterpretasi emosi apabila melibatkan perbualan bersama ibu bapa dan ahli keluarga. Begitu juga kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan seperti gagap, masalah sebutan, masalah suara dan masalah bahasa. Ini selari dengan saranan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah melancarkan AI Untuk Rakyat. Program ini terbahagi kepada dua elemen, iaitu Kesedaran AI dan Hargai AI. Peluang ini perlu direbut oleh ibu […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada pukul  8:52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:52 pagi, 5 Februari 2024Koordinat: 2.3° Selatan 100.3° TimurLokasi: Sumatera Selatan, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 167km Selatan dari Solok,IndonesiaKedalaman: 69 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Menilai kesediaan transformasi pendidikan digital di sekolah

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Pendidikan sentiasa menjadi bidang yang dinamik, berkembang dengan perubahan masyarakat dan kemajuan teknologi. Abad ke-21 menunukkan anjakan paradigma dalam pendidikan dengan penggunaan teknologi digital yang meluas. Landskap pendidikan telah mengalami transformasi pesat dengan kemunculan teknologi. Persekitaran pembelajaran berasaskan bilik darjah tradisional secara berperingkat memberi laluan kepada persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan fleksibel yang menyatupadukan platform pembelajaran digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Apabila institusi pendidikan beralih ke arah pembelajaran digital, adalah menjadi penting untuk menilai kesediaan penerimaan teknologi untuk memastikan penggunaannya berjalan lancar dan berkesan. E-pembelajaran sebagai subset dalam teknologi pendidikan merangkumi pelbagai bentuk media elektronik, alatan digital dan platform untuk menyampaikan kandungan pendidikan. Peralihan kepada pembelajaran digital berkembang cepat berdasarkan beberapa faktor seperti kebolehcapaian internet, penggunaan telefon pintar dan peranti lain yang bersambung […]

trending_flat

Kita perlukan Visi 2100

Oleh: Dr. Maria Mohd Ismail, Dr. Norli Anida Abdullah, Dr. Adilah Abdul Ghapor Tema Wacana Pemikir Global di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada Isnin 22 Januari yang lalu jelas mengundang pelbagai persepsi dan tanda tanya dalam kalangan para intelek dan masyarakat keseluruhannya. Wacana gilang gemilang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim sarat dengan mesej-mesej positif mengenai pembentukan mutu pendidikan negara, isu kemiskinan, pembentukan akhlak dan pembangunan manusiawi yang harus diberikan penekanan dalam pembentukan sebuah tamadun yang berjaya. Dr. Maria Mohd Ismail Dr. Norli Anida Abdullah Dr. Adilah Abdul Ghapor YAB Perdana Menteri meneruskan ucapannya dengan menzahirkan kepentingan dan keperluan mendesak dalam pembentukan tatakelola yang telus yakni bebas dari rasuah dalam melakar transformasi negara dan bangsa. Saya dan rakan-rakan teruja dengan ungkapan YAB yang berbunyi “…dalam kita menggapai langit meneroka teknologi baru, janganlah kita lupa mengakar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation